Putrajaya merupakan satu bandar terancang 25km selatan Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Tapak kerajaan berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tahun 1999 akibat kesesakan dan kepadatan di kawasan Kuala Lumpur. Pada tahun 2001, Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan Malaysia yang ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan. Inilah secara ringkas penerangan tentang Putrajaya dan kenapa pula kami umpamakan Putrajaya seperti di Sitiawan? Teruskan membaca untuk ketahui maklumat yang ingin disampaikan.
Sama seperti Putrajaya, Bandar Baru Sitiawan pada asalnya adalah ladang kelapa sawit. Ianya juga adalah satu bandar terancang yang dijangka bakal menemui pesaingnya sama hebat seperti Putrajaya kecuali ianya tidak akan dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Negeri dan cuma hanya penempatan dan juga untuk lot perniagaan yang mana dapat menambah baikkan sektor ekonomi daerah dan juga penduduk setempat secara tidak langsung menyumbang pada ekonomi negeri Perak.
Dengan keluasan 1,012 ekar secara keseluruhannya kawasan pembangunan, 60 ekar daripadanya adalah keluasan untuk kawasan lapang dan 17 ekar darinya pula adalah Taman Rekriasi Central Park. Apa yang dirancang adalah akan membina gelanggang badminton, gelanggang tenis, gelanggang bola keranjang dan juga lapang sasar golf. Tidak lupa juga untuk sektor pertanian yang mana Agro Eco Park juga akan dibina dengan keluasan 20 ekar sepertimana yang telah dirancangkan.
Secara kasarnya, keluasan rumah yang bakal dibina ada 20′ x 65′ untuk pembinaan Dahlia, Seroja dan Reflisia manakala 33′ x 60′ pula adalah keluasan buat pembinaan penempatan Kenanga. Selain penempatan orang awam dan Taman Rekriasi Central Park seperti yang telah dinyatakan, terdapat juga pusat-pusat perniagaan yang bakal dibangunkan. Antara kemudahan lain yang bakal dibina adalah club house, kolam renang, tasik tropika, trek joging sejauh 5 kilometer dan banyak lagi untuk kami senaraikan.
Sitiawan adalah lokasi strategik untuk mereka yang ingin berada jauh dari lokasi kawasan bandar padat yang lain. Kawasan pembinaan Bandar Baru Sitiawan yang terancang ini telah dirancang dengan sebaik-baiknya dan berhampiran dengan Lebuhraya Baru Pantai Barat yang mana ia akan memudahkan penduduk untuk ke Selatan dan juga ke Utara dengan cepat kerana kedudukannya di tengah-tengah kawasan.
Projek pembangunan Bandar Baru Sitiawan adalah hasil perancangan penuh daripada Setiawan Holding dan mendapat kerjasama penuh daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Kerjasama ini adalah amat penting untuk menjayakan dan merialisasikan projek Bandar Baru Sitiawan yang bakal memberikan banyak manfaat kepada ramai pihak. Sudah semestinya Sitiawan dan daerah Manjung bakal menjadi lubuk ekonomi yang besar selepas kewujudan Bandar Baru Sitiawan yang berkonsepkan Putrajaya ini.
Pembinaan Bandar Baru Sitiawan dibangunkan secara berperingkat dan mempunyai 8 fasa. Fasa-fasa tersebut adalah seperti berikut:
- Fasa 1 – Pembangunan rumah teres mampu milik
- Fasa 2 – 3,000 unit pembangunan rumah teres mampu milik, pembangunan rumah cluster dan pembinaan taman rekreasi
- Fasa 3 – Pembinaan rumah bandar semi D dan lot kedai
- Fasa 4 – Sambungan pembinaan dari fasa 3 untuk semi D
- Fasa 5 – Berbalik pada pembinaan rumah teres kos sederhana
- Fasa 6 – Pembangunan pusat dagangan dan bandar kormersial
- Fasa 7 – Pembangunan pusat dagangan dan bandar kormersial
- Fasa 8 – Pembangunan unit banglo
Perancangan untuk siap semua kelapan-lapan fasa ini dianggarkan akan mengambil masa kira-kira lapan hingga sepuluh tahun untuk siap kesemuanya. Namun, perancangan pada pelan awal ini adalah tertakluk pada perubahan semasa pihak yang terlibat. Untuk makluman penjawat awam yang masih belum memiliki rumah pertama, anda bertuah kerana atas inisiatif yang diluluskan oleh kerajaan negeri Perak, skim belian rumah pertama dengan tampa bayaran wang pendahuluan telah dilancarkan.
Untuk keterangan lanjut mengenai skim dan projek pembinaan Bandar Baru Sitiawan ini, anda boleh menghubungi Encik Akmal Hashim di talian 0164144757.