Perak Agrotourism Resort atau lebih dikenali dengan nama PATRO adalah salah satu pusat pelancongan menarik serta unik di Perak dan lokasinya terletak di Sungai Galah, Tanjung Tualang. Ia adalah hasil diusahakan oleh Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).
Kawasan Sungai Galah ini asalnya adalah kawasan penempatan dan perlombongan yang telah dimajukan sejak zaman penjajahan British di Tanah Melayu lagi. Teknologi perlombongan telah dibawa dari England terutama kapal-kapal korek.
Rumah-rumah pengurus dan pekerja lombong telah dibina di kawasan berdekatan. Apabila harga bijih timah jatuh menjunam, lombong-lombong di kawasan ini mula ditutup dan inilah asal usul kawasan lombong yang kita dapat lihat hari ini dan ia telah dimajukan dengan pembinaan Perak Agrotourism Resort (PATRO).
Kemudahan yang ada di pusat pelancongan ini adalah merupakan satu faktor utama yang menjadi tarikan pelancongan untuk melancong ke negeri Perak kerana ia dilengkapi dengan kelengkapan chalet yang turut menggabungkan persekitaran semulajadi.
Keunikan yang ingin ditonjolkan dan dibangunkan oleh Patro adalah dengan menggabungkan elemen pertanian dan pelancongan di atas kawasan seluas 670 ekar ini memberikan satu kelainan dan keindahan semulajadi yang sukar sekali diperolehi.
Terdapat pelbagai aktiviti yang ada dan ditawarkan di sana buat para pelancong. Antaranya adalah aktiviti sukan lasak seperti ATV, berbasikal dan paintball serta aktiviti sukan air seperti bot kayuh dan kanu.
Selain daripada itu, pengunjung juga berpeluang untuk melihat sendiri tanaman yang dihasilkan disekitar kawasan Perak Agrotourism Resort (PATRO) seperti tanaman cili, tanaman kunyit dan daun kesum, perusahaan madu kelulut dan tidak ketinggalan tempat pemprosesan telur masin.
Mereka yang berkunjung ke sana pasti akan berpuas hati. Apabila datang bercuti ke Perak Agrotourism Resort (PATRO), ianya ibarat meluangkan masa dengan agenda percutian dalam suasana desa yang sebenar seakan-akan kita berada di kampung halaman sendiri.
Perak Agrotourism Resort (PATRO)
Selain dengan tanaman mangÂga, Perak Agrotourism Resort (PATRO) juga turut mengÂusahakan tanaman seperti kelapa mataq serta produk hiliran iaitu tanaman herba dan uÂlam-ulaman sebagai contoh seperti misai kucing, kunyit, rosella, nanas, daun kesum dan penternakan itik telur yang kini mencecah 1,300 ekor serta madu kelulut.
GabuÂngan elemen pertanian, pelancongan dan keindahan semula jadi yang ada di sini amat sukar untuk diperoleh di tempat lain. Anda tidak akan temui lokasi yang sama seperti Perak Agrotourism Resort (PATRO) di tempat lain.
Tentang penginapan di Perak Agrotourism Resort (PATRO), bayaran akan dikenakan antara RM350 hingga RM1,200 mengikut pakej-pakej yang telah disediakan. Mereka yang tidak ingin bermalam di Perak Agrotourism Resort (PATRO) hanya akan dikenakan bayaran RM15 manakala kanak-kanak separuh harga.
Apabila bicara tentang penginapan di Perak Agrotourism Resort (PATRO), ianya adalah satu topik yang cukup menarik untuk dikongsikan bersama. Penginapan yang ada di Perak Agrotourism Resort (PATRO) punyai keunikannya yang tersendiri sehinggakan ramai yang terpegun dengan keunikan yang ada.
Terdapat vila yang bertaraf 5 bintang disediakan untuk penginapan para pengunjung yang datang ke Perak Agrotourism Resort (PATRO). Terdapat juga Kutai Suite untuk mereka yang ingin menginap dan rumah asli rekaan negeri Perak. Anda boleh rujuk artikel Rumah Kutai, Identiti Perak Yang Semakin Pupus untuk makluman lebih lanjut tentang rumah kutai.
Selain itu, terdapat juga penginapan jenis tube camp yang unik dan menarik untuk mereka yang ingin kelainan yang santai di Perak Agrotourism Resort (PATRO) dan yang terakhir terdapat Peranakan Villa untuk mereka yang datang melancong ke sini dengan secara rombongan dan kumpulan yang besar.
Perak Agrotourism Resort (PATRO) juga turut mempromosikan masakan berorentasikan udang galah yang banyak terdapat di Tanjung Tualang serta ikan suÂngai. Mereka tiada masalah untuk mendapat bekalan keÂraÂna ramai nelayan tempatan yang menjual hasil tangkapan mereka.
Ianya cukup menarik untuk berada dan melancong ke sana. Rasai sendiri pengalaman seperti suasana desa yang sebenar seakan-akan kita berada di kampung halaman sendiri dengan bercuti di Perak Agrotourism Resort (PATRO).
- Facebook Page
- GPS : 4° 15′ 16.776″ N, 101° 2′ 33.9432″ E