Hari Buruh Pertama Malaya Disambut Di Ipoh

Sebut sahaja tentang Hari Buruh, boleh dikatakan semua rakyat Malaysia tahu bahawa Hari Buruh merupakan hari cuti umum bagi semua pekerja di Malaysia. Namun tahukah anda tentang sejarah atau asal-usul Hari Buruh ini? Untuk makluman pembaca setia orangperak.com, pada asalnya Hari Buruh yang disambut di negara kita sehingga kini dipanggil dengan nama May Day. Pasti ramai pembaca-pembaca orangperak.com yang masih belum mengetahui tentang sejarah dan asal usul May Day ini.

Read more

Kenali Chin Peng, Ketua Parti Komunis Malaya Dari Sitiawan

Chin Peng dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak dengan nama sebenar Ong Boon Hwa dan meninggal dunia pada 16 September 2013 di Bangkok, Thailand. Beliau adalah merupakan seorang ketua Parti Komunis Malaya dan juga merupakan seorang bangsa Cina berketurunan Kantonis yang didakwa lahir di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Bagaimanapun, dalam perbicaraan memohon dibenarkan masuk Malaysia, beliau gagal mengemukakan sijil kelahirannya. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China yang kecewa akibat kemelesetan ekonomi.

Read more

Kapal Perang HMS Malaya Kurniaan Dari Sultan Perak

Negeri Perak menjadi negeri yang paling kaya diantara negeri-negeri Melayu sewaktu era penjajahan British. Hasil bumi yang banyak di negeri Perak ini telah mendorong kepada pertumbuhan ekonomi yang cepat berbanding negeri lain di Malaya ketika itu. Ini dapat dilihat dengan negeri Perak merupakan negeri pertama yang mempunyai jaringan keretapi, hospital, muzium, zoo dan lain-lain lagi.

Read more