Home Blog Sejarah Sejarah Permulaan Pasukan Polis Di Negeri Perak

Sejarah Permulaan Pasukan Polis Di Negeri Perak

0
Sejarah Permulaan Pasukan Polis Di Negeri Perak

Selepas berita sedih tentang kemangkatan Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah iaitu Sultan Perak ke 24 yang mangkat pada tahun 1871 telah tersebar di seluruh Perak, ia telah menimbulkan keadaan kucar kacir di negeri Perak ini kerana berlakunya perebutan takhta antara kerabat.

Kemudian, ditambakan pula dengan pelbagai masalah dan ketegangan yang berlaku akibat daripada insiden yang dicetuskan oleh imigran-imigran yang semakin ramai di bumi Perak. Untuk mengatasi masalah yang sedang berlaku, Menteri Larut iaitu Ngah Ibrahim telah menubuhkan Pasukan Polis yang dianggotai oleh 40 orang Melayu.

Walaupun pasukan polis pertama di Perak itu telah ditubuhkan, tetapi mereka masih tidak dapat mengawal keadaan dan ketegangan yang dicetuskan oleh ahli-ahli kongsi gelap Cina. Kapten Tristram Speedy kemudian membantu Ngah Ibrahim untuk membentuk Pasukan Polis yang lebih mantap pada akhir tahun 1873. Hasilnya, seramai 110 anggota Polis Punjabi dan Pathan dibawa masuk dari di India dengan senjata api yang dikenali sebagai Krupp Guns.

Krupp Guns

Kekuatan Pasukan Polis diperkuatkan dengan jumlah penuh seramai 160 anggota setelah J.W.W Birch dilantik menjadi Residen Perak yang pertama dan Kapten Tristram Speedy yang dilantik sebagai Penolong Residen.

Ngah Ibrahim

Pasukan polis itu dipenuhi dengan orang Melayu dan Cina. Pasukan polis ini ditempatkan berhampiran dengan Taiping dan dengan campur tangan Inggeris ini menerima tentangan hebat oleh rakyat tempatan orang-orang melayu di Perak. Paul Swinburne telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Pasukan Polis Perak yang pertama pada Disember 1876.

Tristram Speedy
Tristram Speedy

Anggota Polis yang direkrut oleh Kapten Tristram Speedy diserap ke pasukan ini dengan tambahan beberapa anggota Polis Melayu dari Negeri-negeri Selat. Pasukan ini dikenali dengan nama Polis Bersenjata Perak.

Sejak dari itu, usaha untuk mewujudkan sebuah pasukan yang bersistematik barulah bermula apabila Kompleks Balai Baru dibina di Tanjung Piandang, Kuala Larut dan Durian Sebatang. Pakaian seragam baru untuk pasukan polis juga turut diperoleh dari England.

Polis

Keseimbangan kecekapan polis di bawah kepimpinan Paul Swinburne diteruskan oleh Kapten R.S.F. Walker dalam tahun 1882. Kapten Walker membentuk Pasukan Berkuda di bawah pimpinan Inspektor James Ma Keon.

Satu prosedur penyiasatan yang bersistematik telah disusun oleh Walker dan Pasukan Polis Perak terus berkembang sehingga ke hari ini. Namun, penglibatan Kapten Tristram Speedy dan seterusnya rakan Inggeris lain tidak dapat mengubah pandangan orang melayu yang memandang negatif terhadap Pasukan Polis.

Raja Alang Iskandar

Akhirnya, apabila Yang Teramat Mulia Raja Alang Iskandar dilantik sebagai Penolong PesuruhJaya Melayu pertama pada 1 Ogos 1905, barulah dapat mengubah pandangan orang melayu terhadap pasukan polis pada ketika itu.

Yang Teramat Mulia Raja Alang Iskandar merupakan seorang Putera yang bersemangat dan mempunyai tingkah laku yang menyenangkan. Atas daya usaha dan kegigihan baginda, pandangan negatif orang melayu terhadap Polis dapat dikikis dan baginda telah dapat menarik pertambahan penglibatan orang melayu sendiri dalam pasukan polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here