Pihak Malaysia Book Of Records (MBOR) telah mengiktiraf Murad Mohd Kassim yang berusia 49 tahun dalam usaha beliau berkayak melawan arus Sungai Perak sejauh 350.92 kilometer.
Murad Mohd Kassim telah dedikasikan usahanya itu kepada Sultan Perak ke 35 iaitu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berikutan dengan Sungai Perak yang dilihat berkaitan dengan pelbagai kisah kesultanan negeri Perak.
Pendayung kayak solo negara ini juga adalah anak kelahiran negeri Perak dan dedikasi usaha beliau terhadap baginda sultan adalah sebagai tanda kasih sebagai seorang rakyat kepada sultan.
“Kejayaan ini saya dedikasikan kepada Sultan Perak. Ini bukan kali pertama saya dedikasikan kejayaan saya kepada baginda. Sebelum ini saya juga dedikasikan kejayaan berakit secara solo dari Kuala Kangsar ke Pasir Salak kepada baginda.
Jadi, untuk kejayaan mencatat rekod bagi Ekspedisi Legenda Arus Sungai Perak dalam MBOR, ini adalah kali kedua saya dedikasikan kejayaan saya kepada baginda. Daulat Tuanku”, kata Murad Mohd Kassim dalam petikan dari sinar harian online.
Murad Mohd Kassim telah mula cabaran beliau ini sejak tarikh 21 April 2019 yang lalu dari Beting Beras Basah di Bagan Datuk dan tiba di Tasik Banding pada tarikh 2 Mei 2019.
Dalam tempoh berkenaan, ia telah membuktikan bahawa beliau telah berjaya menamatkan perjalanan kayaknya itu sehari lebih awal dan dengan jarak yang lebih jauh dari yang telah ditetapkan.
Pihak Malaysia Book of Record (MBOR) telah menetapkan sasaran dengan jarak lebih 300 km dan beliau perlu menamatkan perjalanan dalam tempoh 13 hari untuk diiktiraf sebagai satu rekod.
Murad Mohd Kassim dimaklumkan bahawa perjalanan ini adalah percubaan pertama dalam usaha mencatatkan rekod bagi percubaan kali pertama (kayak melawan arus atau upstream).
Laluan yang digunakan oleh Murad Mohd Kassim telah bermula dari Beting Beras Basah – Kampung Sungai Dulang – Jeti Dataran Udang Galah Teluk Intan – Kompleks Sejarah Pasir Salak, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Bota Kiri – Kem Rekuda – Kuala Kangsar – Empangan Chenderoh – Kampung Temelong – Stesen Janakuasa Elektrik Bersia – Jeti Trojan Tasek Temenggor – Resort Banding.
Untuk makluman, sebelum ini Murad Mohd Kassim pernah melakukan ekspedisi jelajah solo mengelilingi Semenanjung Malaysia dalam tempoh selama 52 hari pada 2015 selain termasuk beberapa lagi rekod lain.
Matlamat Murad Mohd Kassim adalah untuk menunjukkan kepada penjajah bahawa bangsa Melayu itu tetap utuh dan boleh melakukan lebih lagi dalam pelbagai perkara pada masa hadapan.
Rujukan: