Pada 27 Ogos 2017 yang lalu, team orangperak.com telah muat naik sebuah filem dokumentari yang menceritakan tentang hutan di negeri Perak pada tahun 1934. Ia adalah sebuah rakaman yang unik dan hampir mustahil untuk dicari yang lain kerana pada waktu itu jarang berlaku rakaman video sebegini.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, dokumentari Beyond Bengal adalah sebuah filem dokumentari arahan pengarah daripada Amerika Syarikat yang bernama Harry Schenk. Ia adalah dokumentari yang menceritakan tentang ekspedisi ke hutan di dalam negeri Perak.
Usaha untuk menerbitkan filem ini mendapat kerjasama daripada Sultan Perak ke 30 iaitu Sultan Iskandar Shah dan baginda telah menyediakan berpuluh ekor gajah dan beberapa orang yang terlatih mengenai hutan di pendalaman Perak bagi membantu produksi filem berkenaan. Filem ini telah diterbitkan dengan jayanya pada tahun 1934.
Dalam rakaman filem dokumentari Befond Bengal ada paparan video tentang gajah, buaya, harimau belang, seladang dan macam-macam lagi. Orang melayu pada waktu itu amat berani dan kuat melawan haiwan liar dan ada juga babak lakonan melawan haiwan liar di dalam rakaman video ini.
Tak cukup dengan itu, ada juga selitan drama yang menceritakan sepasang kekasih dan diselitkan isu lawak, kelakar, cepas dan sedih. Anda disarankan untuk menonton filem drama Beyond Bengal ini dari mula sehingga habis untuk melihat gambaran yang cuba disampaikan pada tahun 1934.
Walaupun ramai masyarakat kita pada hari ini mengecam tindakan membunuh haiwan-haiwan liar yang ada dengan kejam, namun anda disarankan untuk ambil positif dengan maklumat yang ingin disampaikan dalam dokumentari tersebut. Yang baik dijadikan teladan, manakala yang tidak baik dijadikan sempadan.
Walaubagaimanapun, peristiwa dokumentari ini berlaku pada tahun 1930 an dan realitinya tidak sama seperti zaman sekarang pada hari ini. Hari ini, tiada lagi gajah yang lalu lalang disekitar rumah dan ianya merbahayakan penduduk kampung dan ternyata berbeza pada zaman dahulu.
Populasi haiwan liar yang ada pada waktu itu banyak dan mungkin boleh mendatangkan kemudaratan pada penduduk. Pada zaman itu juga masih kurang kesedaran tentang isu kepupusan hidupan liar yang terancam. Hal ini bukan sahaja berlaku di negeri Perak, malah di serata dunia.
Namun, apa jua alasannya untuk mencapai matlamat tidak menghalalkan apa jua cara dengan membunuh haiwan-haiwan liar yang ada di dalam hutan negeri Perak dengan kejam. sepertimana yang dikatakan tadi, apa yang baik dijadikan teladan, manakala yang tidak baik dijadikan sempadan.
Tonton video penuh Beyond Bengal 1934