Bom Perang Dunia Ke 2 Pernah Ditemui Di Tambun

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Imbas kembali akan peristiwa yang tidak mungkin akan dilupakan oleh penduduk disekitar kawasan Tambun terutama sekali yang berdekatan dengan Sungai Pinji.

    Untuk makluman anda, pada 17 Jun 2008, sebutir bom pernah ditemui oleh orang ramai di Sungai Pinji, Tambun dan perkara ini sangat mengejutkan oleh penduduk setempat kerana mereka tinggal hanya beberapa ratus meter dari lokasi bom itu terbenam di sungai.

    Untuk pengetahuan anda, bom tersebut mempunyai berat seberat 200 kilogram dan ada maklumat yang menyatakan bahawa bom yang ditemui ini adalah buatan Britain pada tahun 1945. Bom ini juga dikatakan mempunyai radius diameter membunuh sehingga 300 meter.

    Bom Perang Dunia Ke 2 Pernah Ditemui Di Tambun

    Apa yang difahamkan kepada orang ramai, bom tersebut telah digugurkan oleh tentera British untuk meletupkan jambatan yang menghubungkan bandar Ipoh dengan pekan Tambun.

    Ini dikatakan adalah salah satu usaha dari pihak British yang bertujuan untuk menawan Malaya kembali dari cengkaman tentera Jepun. Malangnya, dalam beberapa butir bom yang digugurkan, ada pula yang tidak meletup dan hanya terbenam ke dalam lumpur sungai.

    Oleh kerana Bom yang dijumpai itu masih bernyawa dan amat berbahaya untuk dipindahkan, kira-kira lebih 5,000 penduduk terpaksa mengosongkan kawasan kediaman mereka untuk soal keselamatan dan sebagai satu langkah pencegahan yang paling baik serta untuk memudahkan pihak berkuasa menjalankan operasi meletupkan bom tersebut. Antara mereka yang terlibat adalah penduduk di Taman Tambun, Taman Tambun Jaya, Kampung Baru Tambun dan Kampung Malay Rezab.

    Ianya adalah satu langkah yang terbaik yang wajar diikuti oleh penduduk setempat demi untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Bagi menjayakan operasi meletupkan bom lama ini dengan selamat, sebuah benteng pasir setinggi empat meter dan sebesar 25 meter persegi telah dibina dengan menggunakan 10,000 guni pasir kerana hendak mengelak letupan terbabit daripada meletus keluar.

    Bom Perang Dunia Ke 2 Pernah Ditemui Di Tambun

    Bom tersebut diletupkan sebanyak dua kali. Hal ini kerana percubaan pertama untuk meletupkannya gagal dan selepas 47 minit usaha letupan pertama, bom yang mempunyai berat sekitar 200 kilogram itu berjaya diletupkan dalam cubaan letupan yang kedua.

    Pihak polis juga telah berjaya mengeluarkan kelongsong bom sepanjang satu meter yang terbelah dua dari dasar benteng pasi. Kini dikatakan bahawa serpihan bom tersebut ada disimpan di Balai Polis Tambun, Ipoh.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.