Skrin Panggung Terbesar Di Ipoh, MBO AEON Big Falim

Sempena pelancaran panggung utama terbaru MBO di AEON Falim Ipoh, MBO Cinema telah menjemput rakan-rakan media untuk pra-tonton eksklusif filem Maze Runner the Death Cure sebelum dilancarkan secara rasminya di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak MBO juga telah menjemput team orangperak.com untuk turut serta dalam program pelancaran panggung utama baru mereka ini pada 24 Januari 2018.

Sempena dengan pelancaran ini, MBO Cinema AEON Big Falim juga telah memperkenalkan salah sebuah skrin panggung paling besar di kawasan Ipoh. Anda pasti akan rasai perbezaannya apabila dibandingkan dengan pengalaman menonton di panggung wayang lain jika menonton di sini.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, saiz skrin panggung paling besar di Ipoh ini bersaiz 17 meter lebar dan 10 meter tinggi. Terdapat 4 jenis panggung yang disediakan oleh MBO Cinema di AEON Big Falim.

Skrin Panggung Terbesar Di Ipoh, MBO AEON Big Falim

Antara jenis panggung yang disediakan ialah panggung kecil, panggung regular (biasa), panggung couple (untuk pasangan) dan panggung big skrin (bersaiz besar) yang mampu memuatkan seramai 302 orang.

Skrin Panggung Terbesar Di Ipoh, MBO AEON Big Falim

skrin panggung paling besar di Ipoh

Apa yang menariknya lagi, dalam panggung wayang bersaiz kecil terdapat permainan gelongsor disebelah sudut panggung dan ada beberapa tilam kecil yang disediakan untuk keluarga dan anak-anak.

Skrin Panggung Terbesar Di Ipoh, MBO AEON Big Falim

gelongsor permainan dalam panggung kecil

MBO Cinema di AEON Big Falim ada kelainan dan keunikannya yang tersendiri. Dengan keunikannya yang tersediri, ia amat sesuai untuk hiburan santai seisi keluarga yang ingin menonton filem di panggung wayang.

Skrin Panggung Terbesar Di Ipoh, MBO AEON Big Falim

menonton sambil baring

Rasai sendiri perbezaan dan keunikan yang ada di MBO Cinema AEON Big Falim Mall ini. Anda boleh ke sana dan terus ke tingkat 2. Jika ada sebarang soalan dan inginkan makluman tambahan, anda boleh terus hubungi 05 282 9808.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here