● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:54
Syuruk
06:59
Zohor
13:05
Asar
16:21
Maghrib
19:05
Isyak
20:14
Pelancongan

Tarikan Baru Ipoh, Downtown Meru Raya Kini Dibuka

25 Mar 2017 · 2 min baca · 137 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Buat mereka yang masih belum lagi tahu, kami dari warga orangperak.com ada satu pengumuman yang menarik untuk anda pembaca setia. Untuk makluman anda, Downtown Meru Raya kini telah dibuka sejak 17 Mac 2017 yang lalu. Ia adalah satu tarikan baru yang mampu memberi impak positif pada sektor pelancongan negeri yang terletak di sebelah bulatan Meru Raya (

berdekatan Taman Rekreasi Dalam Bulatan Paling Besar Di Perak

). Jika anda berkesempatan, datanglah ke Downtown Meru Raya dan lihat sendiri kemeriahannya.

Downtown Meru Raya

Sejak dari hari pertama pembukaan lagi, ramai pengunjung yang datang bersiar-siar dan rambang mata dengan aneka barangan yang dijual. Terdapat pelbagai barangan yang unik yang boleh anda dapati disini. Antaranya adalah pakaian, kasut, kelengkapan diri, alatan dapur, permainan kanak-kanak, barangan solek, beg tangan wanita, cincin untuk lelaki, parang dan keris dan macam-macam lagi yang tidak dapat kami orangperak.com senaraikan disini.

Downtown Meru Raya

Terdapat sebanyak kira-kira 100 gerai atas tapak yang disediakan oleh pihak penganjur untuk peniaga berniaga memperagakan barangan dan servis mereka kepada pengunjung yang datang. Ya, memang besar dan luas kawasan Downtown Meru Raya. Jika anda rasa penat, letih dan rasa lenguh berjalan kaki mengelilingi kawasan downtown yang besar tersebut, usah risau kerana ada peniaga yang menawarkan servis mengurut kaki dan boleh buat anda rasa santai serta lega dengan kadar bayaran yang berpatutan.

urut kaki

Menurut krew kami Encik Syam yang pergi memantau keadaan di Downtown Meru Raya, keadaan sudah mula sesak dengan pengunjung yang ramai sejak hari pertama ia dibuka. Ia mendapat sambutan yang baik oleh orang ramai dan ia adalah satu tarikan baru yang menarik dan mampu memberi impak positif buat penduduk kawasan dan peniaga sendiri. Jika anda berkelapangan, bolehlah datang ke Downtown Meru Raya untuk memeriahkan lagi keadaan.

Downtown Meru Raya

Maklumat berkenaan Downtown Meru Raya:

Downtown Meru Raya

Tidak lupa juga, terdapat persembahan kumpulan buskers yang dijemput dalam jadual tertentu untuk menghiburkan dan menarik perhatian pengunjung. Downtown Meru Raya yang menjadi satu tumpuan baru ini adalah anjuran daripada kerjasama antara Koperasi Veteran 69 Komando, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Meru Bestari 69.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.