Saudara Ismail Mokhtar Bin Mohd Noor adalah seorang mahasisiwa dari Akademik Universiti Malaya pada tahun 1974 hingga 1975, beliau adalah individu yang menulis artikel ini. Penulisan artikel ini adalah satu kajian yang berhubungkait dengan sejarah pengunaan nama gelaran kepada Orang-Orang Besar Di dalam Negeri Perak. Sesuatu kemusykilan didalam kajian dan penulisan beliau ini dijelaskan dengan pengakuan sewajarnya oleh Cikgu Ahmad Panjang Bin Manjung dimana ia seorang Ahli Sejarah Veteren yang menetap di mukim Kuala Kangsar ketika itu.
Disebut adanya pun nama Dato’ Sagor itu juga digelar orang Pandak Lam yang memakai gelaran Seri Agar Di-Raja dan juga disebut “Orang Kaya Di Bandor”, nama sebenarnya Kulop Endot dan sejarah pengunaan Nama Gelaran yang dipakai oleh Orang-orang Besar Perak pada tahun 1870 adalah seperti beriku , disebut orang yang bergelar :
Orang Besar Empat
- Raja Bendahara
- Orang Kaya Temenggung
- Orang Kaya Besar
- Orang Kaya Menteri
..dan selepas itu adanya pula :
Orang Besar Lapan
- Dato’ Maharaja Lela
- Dato’ Laksamana
- Dato’ Shah Bandor
- Dato’ Adika Raja
- Dato’ Panglima Genta
- Dato’ Panglima Gantang
- Dato’ Sago
- Dato’ Imam Paduka Tuan
Disebut juga sebelumnya tahun 1870 nama gelaran Orang-orang Besar itu sudah ada dan berubah-ubah dari masa ke masa.
Encik Sahabudin Bin Baki pula menyatakan, mengikut kitab HIKAYATUS UJIAN pula, bagi gelaran pembesar 16 dan 32 itu tidak tercatat didalam kitab tersebut dan menerangkan maksud-maksud gelaran nama dan dari mana asal usulnya. Encik Sahabudin juga salah seorang yang ditemuduga oleh penulis didalam kajian ini. Encik Sahabudin menyatakan lagi terdapat, pada 1635 di zaman pemerintahan Sultan Salihuddin, baginda ada menyatakan didalam Hikayatus tersebut bahawa sebermulanya Sultan Muzaffar Shah I memerintah Perak itu dibantu oleh seorang Bendahara dan Bendahara itulah digelar Pembesar oleh Baginda
Selain dibantu oleh Pembesar Baginda, Sultan Muzaffar I juga turut dibantu oleh Tujuh Orang Besar yang berkuasa keatas Tujuh Wilayah (Daerah) didalam Perak sebelum ketibaan Sultan Muzaffar Shah I pada tahun 1528. Orang-Orang Besar itu adalah seperti berikut :
- Seorang Ketua yang berkuasa didalam Daerah Telok Intan hingga ke Bagan Datok (Kota Bandor dijadikan Pusat Pentadbirannya selepas itu).
- Tun Pasir Panjang itu Raja Kota Manjung yang berkuasa memerintah termasuk Pasir Panjang didalam Daerah Manjung (Dinding) Perak hingga ke Hilir
- Tok Temong pula memerintah dari Temeng (nama asal), Daerah Pachat hingga ke Ulu (utara).
- Tun Saban pula memerintah Hulu Perak, Daerah Kelus Relap Reli didalam mukim Belum membawa ke Janing
- Maharaja Genta (Nama Asal) pula memerintah dari Kinta yang membawa sehingga ke Gunung Banjaran Titiwangsa.
- Tok Mahsuka pula memerintah dari Selingsing hingga membawa ke Daerah Larut dan Gantang.
- Seorang Raja Kota Beruas, hingga ke simpang tiga parit itu pula asal usulnya disebut Gangga Sanagara (Gangga Negara), sebuah Kerajaan Melayu di Kota Kulit Kerang pusat perintahanya
Dikatakan seejak dari zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah I (1528-1569) hingga ke zaman pemerintahan Sultan Perak yang ke 13, Sultan Muzaffar Shah III (1728-1756), bermulanya siystem kelipatan mengamalkan Pembesar Empat dan Lapan
Menurut Misa Melayu pula didalam Hikayat Sejarah negeri Perak, ada menyatakan bahawa Adinda Sultan Muzaffar III yang bersemayam di Barhaman Sakti iaitu Sultan Muhammad telah (1742-1743) berpindah dan bersemayam di Pulau Tiga kerana perselisihan faham. Sultan Muzaffar Shah III pula selepas itu berpindah ke Kuala Kangsar dan berkerajaan disana. Ketika berkerajaan di Kuala Kangsar inilah, sultan Muzaffar Shah III buat pertama kalinya melantik Pembesar Empat Bergelar.
Raja Alam Shah atau dipanggil orang Raja Alang adalah seorang putera dari Raja Kedah yang berkahwin dengan Raja Puteh iaitu adinda Sultan Muhammad dan Sultan Muzaffar Shah III. Sultan Muzaffar III amat kaseh kepada Raja Alam sehingga baginda memberi gelaran Raja Kechil Besar dan dilantik pula pangkat gelaran Raja Bendahara kepadanya.
Megat Pintal diberi jawatan Pembesar empat dengan membawa gelaran Orang Kaya Besar. Pembesar Mu’Tabar membawa gelaran Orang Kaya Temenggung dan seorang yang pembesar dilantik dan membawa gelaran sebagai Orang Kaya Menteri itu Pakeh Yusof (Fakir) yang berasal dari Sumatera (seorang Minangkabau). Hanya empat pembesar sahaja diwujudkan semasa itu dan Orang Besar (Tok Panglima Paloh) yang meninggal di Pulau Tiga pula menabalkan Sultan Muhammad menjadi Sultan Perak. Maka berlaku lah di Perak itu mempunyai dua Sultan yang memerintah didalam satu negeri.
Oleh kerana selepas itu Sultan Muhammad berasa bimbang akan perpecahan keluarga sehingga boleh memudaratkan Negeri Perak, maka Sultan Muhammad memujuk kembali Kekanda nya pulang dan memerintah sebagai Sultan Perak. Baginda sendiri mengistiharkan nya kepada rakyat jelata bahawa kekandanya itulah menjadi Sultan Perak ketika itu dan Baginda kembali kepada jawatan yang asal selepas itu.
Sultan Muzaffar Shah III pulang ke Barhaman Indra dan memerintah sebagi Sultan Perak dan pembesar empat yang telah wujud ketika Baginda berkerajaan di Kuala Kangsar tidak dibawa sekali ke Barhaman Indra termasuk sekali dengan Raja Alam Shah. Ketika berkerajaan semula di Barhaman Indra, Sultan Muzaffar Shah III melantik Pembesar Empat yang baru iaitu terdiri dari :
- Megat Pandia (tidak mengunakan gelaran Raja Bendahara kerana bukan dari kalangan keturunan Raja). Beliau membawa gelaran Orang Kaya Bendahara Seri Paduka Maharaja
- Tan Marasin digelar Orang Kaya Besar Seri Maharaja Di-Raja
- Tan Ban Tan pula membawa gelaran Orang Kaya Temenggung Paduka Raja.
- Shariff Hassan pula membawa gelaran Orang Kaya Menteri Seri Paduka Tuan
Perkara diatas ini, jelas menyatakan bahawa gelaran Pembesar Empat itu wujud dizaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, namun disamping kewujudaan Pembesar Empat iaitu gelaran darjat pertama, ada juga dikatakan didalam tahun pemerintahan baginda terdapat juga gelaran Pembesar yang bertaraf gelaran darjat kedua iaitu gelaran bagi Pembesar lapan.
Orang lapan pula diceritakan, jawatan nya itu pertama kali disandang oleh seorang anak Raja Bugis iaitu Raja Haji Selili. Sebermulanya kisah anak Raja Bugis ini pada tahun pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, disebut orang ada seorang lagi Raja Bugis telah sampai di sungai sembilan dan berkubulah ia disitu jadi tempat lindungan nya . Raja Bugis itu La Ta Ta Ambralla namanya, menyamarlah ia dengan nama Nakhoda Hitam. Nakhoda Hitam itu dikata kalah berperang dengan Orang Belanda yang dibantu oleh seorang Bugis Arung Pallaka namanya, sehingga Nakhoda Hitam itu terpaksa berundur menyembunyikan diri.
Diwaktu yang sama Raja Haji Selili didalam perlayaran pulang dari selesai mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah, maka dikatakan ia pun berlabuh ditempat yang sama untuk mengerjakan solat dan ketika Raja Haji itu mahu berlabuh, Nakhoda Hitam sudah bersedia bertarung mempertahankan dirinya. Nakhoda Hitam pada awal nya menyangka bahawa Raja Haji Selili itu Orang Bugis yang bersubahat dengan Belanda sepertinya Arung tetapi apabila Nakhoda Hitam terlihatkan keris yang berada ditangan Raja Haji Selili itu dibahagian bawahnya itu menandakan beliau adalah anak Raja yang sealiran dengan nya , selepas itu berbaik-baiklah mereka. Sesudah mereka berbaik baik sesama , dilihatnya oleh mereka diseberang itu ada daratan penghuninya. Dikatakan Raja Haji Selili itu tidaklah mahu pulang ke tanah air asalnya dan ingin menetap ditempat yang baru baginya.
Ketika mereka hendak kedarat, Sultan Muzaffar Shah III ketika mendapat perkhabaran bahawa Negeri Perak hendak dilanggar Lanun . Ketika itu Sultan Muzaffar Shah III bersiap-siap segala tenteranya bersedia bertempur dengan pasukkan Raja haji Selili yang disangkakan lanun yang hendak menyerang Negerinya. Sesampainya Raja Haji Selili dan Nakhoda Hitam, maka Raja Haji Menyatakan hajatnya kemari bukan untuk berperang dengan Negeri Perak itu. Fahamlah akhirnya Sultan Muzaffar Shah III dan dijemputnya Raja Haji Selili dan Nakhoda Hitam itu oleh Sultan Perak dengan baik. Adapun dikhabar orang, Raja Haji Selili ini banyak menabur bakti dan jasanya kepada Sultan. Ketaatannya itu tiada berbahagi terhadap Sultan Negeri. Maka dari perihal tersebut, Sultan Muzaffar Shah menganugerahkan jawatan Orang Besar Bergelar Maharaja Lela Pancung Tidak Bertanya. Begitu jualah dikhabarkan sekalian orang jawatan Orang Besar Lapan itu wujudnya dizaman kedatangan Daeng Selili.
Ayam disabung jantan dipaut,
Jika ditambat kalah laganya,
Asam di darat ikan di laut,
Lambat laun jumpa juga.
Anak merak Kampung Cina,
Singgah berhenti kepala titi,
Emas perak kebesaran dunia,
Tetap tinggal bila dah mati.
Berbuah lebat pohon mempelam,
Rasanya manis dimakan sedap,
Bersebarlah adat seluruh alam,
Adat pusaka berpedoman kitab.
Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk,
Elok sungguh diturut resminya padi,
Ibarat keris menikam sambil merodok.
– tokchangkatlanggor –