26.7 C
Ipoh
Saturday, 7 September 2024

Kubu Dato Maharajalela Semakin Dipenuhi Semak Samun

- Advertisement -
- Advertisement -

Pada 14 Februari 2017 yang lalu, orangperak.com ada menerbitkan sebuah artikel bertajuk Rumah Datuk Maharajalela Hampir Rebah setelah mendapat laporan mengenai status replika rumah Dato Maharajelala yang semakin uzur dan menjadi sarang maksiat daripada beberapa orang pengunjung laman web ini.

Melalui gambar-gambar yang dihantar kepada kami, ternyata rumah dan kubu tersebut terbiar tanpa sebarang penyelenggaraan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Ini sememangnya merupakan satu perkara yang sangat memalukan buat kita rakyat negeri Perak ini kerana Pasir Salak yang penuh dengan sejarah inilah yang menjadi pusat gerakan menentang British dan seterusnya menjadi ikutan dan pembakar semangat kepada gerakan-gerakan penentangan British di seluruh Tanah Melayu ini.

Kubu Dato Maharajalela Semakin Dipenuhi Semak Samun

Susulan daripada terbitnya artikel tersebut, beberapa orang wakil daripada Persatuan Pencinta Sejarah Masyarakat Perak (PPSMP) dan editor web orangperak.com telah berkunjung ke Kompleks Sejarah Pasir Salak dan juga Kubu Dato Maharajalela pada awal bulan Ogos yang lepas untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai status tempat-tempat bersejarah ini.

Pada awalnya terdapat sedikit kesukaran untuk mengenalpasti kedudukan Kubu Dato Maharajalela dari jalan raya dan Kompleks Sejarah Pasir Salak. Namun setelah kami bertanya pada penduduk tempatan akhirnya kami berjaya menemui kubu Pasir Salak tersebut.

Kubu Dato Maharajalela Semakin Dipenuhi Semak Samun

Benteng kubu tersebut telah dipenuhi dengan semak samun dan pokok-pokok telah menyebabkan kami sukar untuk mencarinya, sedangkan kedudukannya hanya dibelakang sekolah dan ditepi gelanggang futsal sahaja.

Kubu Dato Maharajalela Semakin Dipenuhi Semak Samun

Kami dapati bahawa replika rumah Dato Maharajalela telah dan kawasan sekitar yang sebelum ini penuh dengan semak samun telah dibersihkan. Namun Kubu Dato Maharajalela itu sendiri tidak diselenggara dengan baik sehingga dipenuhi dengan semak samun dan pohon-pohon yang meninggi.

Kubu Dato Maharajalela Semakin Dipenuhi Semak Samun

Utusan online tahun 2000

Keadaan ini jelas berbeza jika dibandingkan dengan 1 gambar yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia pada tahun 2000 dimana kubu ini dijaga dengan baik dan mempunyai menara kawalan dan pagar yang dibina semula sepertimana asal.

Kubu Dato Maharajalela Semakin Dipenuhi Semak Samun

Menara kawalan kubu dato maharajalela sebelum tahun 2009

Untuk pengetahun pembaca setia orangperak.com semua, pada tahun 1992 pihak Jabatan Muzium Dan Antikuiti telah menjalankan projek ekskavasi disekitar kawasan kubu Dato Maharajalela ini. Hasil dari ekskavasi tersebut telah berjaya menemui beberapa artifak berkenaan Perang Perak dan telah dipamerkan di Kompleks Sejarah Pasir Salak.

Balai dan benteng kubu kota Pasir Salak ini telah dibina semula berdasarkan kepada kerja-kerja ekskavasi arkeologi yang dijalankan. Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, tanggungjawab untuk menyelenggara Rumah Dato’ Maharaja Lela serta kubu beliau berada dibawah kelolaan Jabatan Muzium dan Antikuiti.

Kubu Dato Maharajalela Semakin Dipenuhi Semak Samun

Namun apabila Jabatan Warisan Negara ditubuhkan pada tahun 2006, kontrak penyelenggaraan dan pembersihan kawasan sekitar kubu ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Warisan Negara bermula pada 1 April 2007 hingga 31 Disember 2010.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan 2 kali setiap bulan serta pemantauan sentiasa dilakukan oleh kakitangan Jabatan Warisan Negara Zon Tengah beserta dengan laporan bulanan. Kemudian pada pertengahan tahun 2010, Jabatan Muzium Perak telah mengambil semula semua artifak yang dipamerkan di dalam rumah replika Dato’ Maharaja Lela ini memandangkan tiada penjagaan yang sempurna.

Kubu Dato Maharajalela Semakin Dipenuhi Semak Samun

Hasil perbincangan yang dilakukan oleh pihak Ibu Pejabat Jabatan Warisan Negara di Kuala Lumpur dengan SUK Negeri Perak pada penghujung tahun 2010, Jabatan Warisan Negara akan menyerahkan tapak ini kepada Kerajaan Negeri Perak untuk dijaga dan dipelihara setelah kontrak tamat iaitu bermula pada 1 Januari 2011.

Setelah itu didapati bahawa kubu dan replika rumah Dato Maharajalela semakin tidak berjaga sehinggalah ke hari ini. Kami berharap agar Kerajaan Negeri Perak, pihak-pihak berwajib dan kita sendiri agar dapat mengambil inisiatif untuk memulihkan kembali khazanah bangsa ini supaya dapat ditatap oleh anak cucu kita.

Kubu Dato Maharajalela Semakin Dipenuhi Semak Samun

Inilah iktibar yang boleh kita ambil. Janganlah kerana kerenah birokrasi yang ada dijadikan alasan sehingga aset-aset sejarah seperti ini hilang diarus zaman. Adakah kita mahu menjadi bangsa yang tidak tahu mengenang jasa pengorbanan nenek moyang kita dahulu.

Kubu Dato Maharajalela Semakin Dipenuhi Semak Samun

Seharusnya patut ada usaha untuk memulihkan semula rumah dan kubu Datuk Maharajalela yang ada di Pasir Salak. Ia wajar dilakukan demi memartabatkan perjuangan mereka dalam menentang Inggeris dan untuk dijadikan rujukan dan tatapan anak cucu kita nanti.

- Advertisement -
Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Pengasas bersama orangperak.com dan Jejak Warisan Teluk Intan
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here