25 C
Ipoh
Thursday, 5 December 2024

Pavilion Memorial Di Teluk Intan Yang Semakin Dilupakan

- Advertisement -
- Advertisement -

Binaan ini adalah salah satu monumen bersejarah yang ada di Teluk Intan dan namun begitu, tidak ramai yang berkunjung ke Pavilion Memorial ini kerana rata-rata mereka tidak tahu akan kisah disebalik apakah ceritanya Pavilion Memorial ini sejak ia dibina.

Pavilion Memorial ini dibina dalam bulan Mei pada tahun 1935. Ia dibina oleh komuniti Ceylon sempena dalam memperingati 25 tahun pemerintahan King George V selaku Raja Great Britain dan Maharaja India sebagai jajahan takluknya.

Tahukah anda siapakah komuniti Ceylon? Asal usul komuniti Ceylon ini bermula apabila dua divisyen Ceylon Pioneers dari Ceylon iaitu Sri Lanka telah dijemput oleh Sir Hugh Low untuk menyiapkan landasan keretapi dari Port Weld – Taiping dalam tahun 1883.

Pavilion Memorial Di Teluk Intan Yang Semakin Dilupakan Pavilion Memorial Di Teluk Intan Yang Semakin Dilupakan

Satu divisyen terdiri daripada 100 orang dan mereka terbahagi kepada 2 unit iaitu A dan B. Komuniti Ceylon ini diketuai oleh seorang Sarjan. Pegawai pemerintah pada waktu itu adalah seorang orang inggeris yang bernama John Trump yang berkhidmat pada tarikh 1 Mei 1883 hingga 31 December 1885.

Pavilion Memorial Di Teluk Intan Yang Semakin Dilupakan

Setelah setahun Pavilion Memorial siap dibina, sebuah gereja tamil pula telah dibina berhadapan dengan binaan Pavilion Memorial pada tahun 1936 untuk mereka yang menganut agama kristian.

Pavilion Memorial Di Teluk Intan Yang Semakin Dilupakan

Sedihnya hari ini tidak ramai yang sedar akan kewujudan Pavilion Memorial yang bersejarah ini. Semoga pihak berwajib dapat mendirikan sebuah papan tanda bagi menerangkan sejarah Pavilion Memorial ini dibina.

- Advertisement -
Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Pengasas bersama orangperak.com dan Jejak Warisan Teluk Intan
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here