Siapa sangka di Titi Gantung ada taman yang dibuka secara persendirian untuk memanah? Ia dibuka untuk orang awam dari tahap amatur hinggalah ke tahap professional.
Lokasi taman memanah ini terletak di Titi Ganton, Bota berdekatan dengan Institut Pertanian Titi Gantung dan Kedai Bubur Perak. Apabila anda sampai disana, ada papan tanda kecil yang diletakkan di tepi jalan menunjukkan arah ke taman memanah tersebut.
Dengan bayaran hanya RM3 untuk 1 jam, anda akan diajar cara menggunakan panah dari panah jenis tradisional hinggalah ke panah jenis moden. Manakala untuk pakej atas 15 orang, dengan bayaran hanya RM5 untuk 3 jam seorang, anda boleh bermain sepuas hati!
Ada juga permainan Archery Tag yang disediakan dengan siap kelengkapan keselamatan. Archery Tag adalah permainan yang hampir sama dengan paint ball. Ianya penuh dengan aksi dan lebih menarik dari paint ball!
- Lokasi : Titi Gantung, Bota
- Buka : Sabtu dan Ahad
- Masa : 9 Pagi hingga 7 Petang
Menurut pemilik taman memanah ini, Azahar Bin Abdul Jaini. Taman memanah ini dibina supaya dapat memupuk minat orang ramai khususnya di Perak untuk memanah. Sebab itulah cas yang dikenakan amat murah berbanding dengan tempat-tempat yang lain. Oleh itu, pemilik dan isteri telah sama-sama bangunkan taman tersebut dengan mengekalkan konsep kekeluargaan universal kerana ia sesuai dan dibuka untuk semua peringkat umur.
Tahukah anda bahawa banyak kemahiran asas lain yang boleh diasah melalui aktiviti memanah ini. Antaranya adalah dapat meningkat fokus si pemain, memperkuatkan disiplin diri, mendewasakan diri dengan asas survival, kemahiran asas dalam peperangan kuno dan banyak lagi yang tak dapat disenaraikan melainkan anda cuba sendiri disana!
Jika anda terasa ingin cuba menjadi seperti Robin Hood, bolehlah ke Taman Memanah TGV (Titi Gantong Village) yang ada di Titi Gantung, Bota!