● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Berita

Ibu Dan Anak Mati Rentung Dalam Berpelukan Di Bagan Datuk

30 Aug 2017 · 1 min baca · 156 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Kebakaran berlaku pada jam kira-kira 3.30 pagi bertarikh 30 Ogos 2017 yang melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Bagan Datuk. Lokasi tepat untuk rumah tersebut adalah terletak di Batu 6 1/2, Jalan Maharajalela di Hutan Melintang.

Kejadian yang tidak diingini yang berlaku awal pagi itu telah meragut dua nyawa iaitu seorang ibu dan anak. Wanita tersebut bernama S. Kalaivani yang berumur 48 tahun dan anak perempuannya G. Vikneswary berumur 13 tahun ditemui mati dalam keadaan rentung dan apa yang menyayat hati adalah mereka berdua dalam keadaan berpelukan.

Ibu Dan Anak Mati Rentung Dalam Berpelukan Di Bagan Datuk

Dipercayai bahawa mereka berdua mati lemas kerana terhidu asap tebal dalam kebakaran yang memusnahkan 80 peratus rumah berkenaan sewaktu kebakaran sedang berlaku. Suami kepada S. Kalaivani iaitu R. Ganasegaran yang berumur 51 tahun berada dalam keadaan cedera parah selepas terjun keluar dari tingkat atas rumah selepas gagal menyelamatkan anak dan isterinya.

Ibu Dan Anak Mati Rentung Dalam Berpelukan Di Bagan Datuk

Suami mangsa, R. Ganasegaran yang sedang tidur di bahagian bawah menyedari kebakaran bermula dari dapur rumah dan telah mengeluarkan beberapa anggota keluarga termasuk ayahnya iaitu P. Ramasamy yang berumur 83. Kemudian, beliau cuba untuk naik ke atas untuk menyelamatkan isteri serta anaknya namun gagal dan telah terjun ke bawah bagi menyelamatkan diri dan kini ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi Hospital Teluk Intan kerana melecur tahap dua di seluruh badan. Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang menerima panggilan kecemasan pada jam 3.53 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian. Namun setibanya pihak bomba disana, api sedang marak menjilat rumah papan berkenaan.

Ibu Dan Anak Mati Rentung Dalam Berpelukan Di Bagan Datuk

Orang ramai ada memaklumkan terdapat dua mangsa terperangkap di dalam rumah dan anggota kita cuba untuk masuk namun api terlalu marak sehingga memaksa kami mengawal kebakaran dahulu sebelum berjaya menemui kedua-dua mangsa dalam keadaan berpelukan.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.