29.7 C
Ipoh
Saturday, 18 January 2025

Menteri Besar Paling Lama Di Persekutuan Tanah Melayu

- Advertisement -
- Advertisement -

Datuk Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz dilahirkan di Sayong, Kuala Kangsar pada 4 Mei 1905. Ibunya bernama Teh Aminah adalah merupakan salah seorang anak pembesar Perak yang membawa gelaran Orang Kaya Kaya Toh Setia Bijaya Diraja Juragan Abdul Shukor Bin Muhammad Ali dan bapanya Toh Muda Andul Aziz juga anak seorang pembesar Perak zaman Sultan Abdullah Muhammad Shah II (Sultan Perak ke 26).

Tokoh hebat ini mula melangkah ke kancah pendidikan awal beliau di Sekolah Melayu Pekan Baru (Ipoh) dan kemudian telah menyambung pendidikan peringkat menengah di Sekolah Anderson, Ipoh. Beliau telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Junior Cambridge dalam tahun 1922 dan tahun 1925 Senior Cambridge.

Datuk Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz bukanlah berketurunan kerabat diraja. Oleh yang demikian, dengan perbelanjaan sendiri beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti London dalam bidang perundangan. Akhirnya beliau berjaya dengan keputusan cemerlang dalam bidang Undang-undang Jenayah dan Undang-undang Perlembagaan.

Menteri Besar Paling Lama Di Persekutuan Tanah Melayu

Semasa di bumi asing, bakat kepimpinan beliau telah diterjemahkan dengan memegang jawatan Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu dan Presiden Pelajar-Pelajar Tanah Melayu. Dalam tahun 1930, Datuk Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz pulang ke tanah air dengan membawa lulusan undang-undang.

Sewaktu ketika beliau berusia 28 tahun, beliau telah menamatkan zaman bujangnya dengan berkahwin dengan Halijah Binti Abdul Rahman. Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Robayah. Untuk mencapai syarat menjadi orang Besar Lapan Perak, beliau telah berkahwin satu lagi dengan Badariah (anak Datuk Panglima Kinta) dalam tahun 1935 atas perancangan keluarga.

Menteri Besar Paling Lama Di Persekutuan Tanah Melayu

Dalam tahun 1936, datuknya telah meninggal dunia dan ayahnya Toh Muda Abdul Aziz pula meninggal dunia lebih awal. Maka dengan itu secara rasmi, Abdul Wahab memakai gelaran Datuk Panglima Gantang pada usia 43 tahun. Pada tarikh 1 Febuari 1948, beliau telah dilantik menjadi menteri besar Perak yang pertama.

Perkhidmatannya yang cemerlang telah menambat hati Sultan Yusuf Izzuddin Shah (Sultan Perak ke 32) untuk mengekalkan kedudukan beliau sebagai menteri besar Perak. Dengan itu, beliau adalah merupakan individu yang paling lama di sejarah Persekutuan Tanah Melayu menjawat jawatan sebagai menteri besar.

Menteri Besar Paling Lama Di Persekutuan Tanah Melayu

Datuk Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz terpaksa bersara pada usia 52 tahun atas faktor kesihatan. Sewaktu menjelang usia 54 tahun, beliau telah diserang sakit jantung dan telah menyebabkan Datuk Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz meninggal dunia pada tarikh 16 April 1959 sewaktu berada di rumahnya Canning Garden, Ipoh.

Menteri Besar Paling Lama Di Persekutuan Tanah Melayu

Jenazah beliau telah disemadikan di Masjid Paloh, Ipoh. Tunku Abdul Rahman turut hadir sewaktu pengkebumian beliau dan menyatakan bahawa Datuk Panglima Bukit Gantang adalah merupakan negarawan yang paling ulung dan amat besar jasanya dalam membebaskan Tanah Melayu dari penjajah Inggeris.

Rujukan:

  • Buku Rekod Malaysia, Ghulam Jie M Khan, 2000
- Advertisement -
Nasuha Ahmad
Nasuha Ahmad
Tanpa Sejarah Kita Belum Tentu Manusia Yang Bertamadun
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here