Kisah Rani Kulup Dari Sayong Yang Tidak Didendang

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Siapa yang tak kenal dengan individu yang memegang gelaran Raja Report negara? Abdul Rani Bin Kulup Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Ayahanda Rani Kulup Abdullah (ARKA) sebenarnya adalah merupakan seorang pesara tentera yang dilahirkan pada 10 Mac 1955 dan beliau juga merupakan anak jati kelahiran Sayong di negeri Perak.

    Pada tahun 1973 sewaktu Ayahanda Rani Kulup berumur 18 tahun, beliau menyertai tentera sewaktu negara sedang bermusuhan dan bergolak dengan pelbagai serangan pengganas komunis yang tidak henti-henti. Beliau menyertai tentera kerana tekad untuk melindungi orang awam dan anda boleh lihat usahanya sehingga kini dari sudut yang tertentu.

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Ayahanda Rani Kulup pernah bertempur dengan pengganas komunis di Gua Musang, Kelantan. Selain daripada bertempur di Gua Musang Kelantan, Anak kelahiran Sayong ini juga pernah bertempur dengan pengganas komunis di kawasan lain serata negara seperti Kuala Kacau Terengganu Nibong Tebal Pulau Pinang dan banyak lagi.

    Kisah Rani Kulup Dari Sayong Yang Tidak Didendang Kisah Rani Kulup Dari Sayong Yang Tidak Didendang

    Menurut Ayahanda Rani Kulup, antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan semasa bertempur dengan pengganas komunis adalah sewaktu ada ahli pasukannya terkena jerangkap samar yang dipasang oleh pihak musuh untuk menghalang pasukan tentera negara daripada mempertahankan negara kita Malaysia yang dicintai.

    Kisah Rani Kulup Dari Sayong Yang Tidak Didendang Kisah Rani Kulup Dari Sayong Yang Tidak Didendang

    Disebalik wajahnya yang riang yang kita dapat lihat hari ini yang mana kadangkala seringkali dijadikan bahan jenaka masyarakat kita, sebenarnya Ayahanda Rani Kulup menyimpan seribu satu cerita dalam misi mempertahankan negara sejak menyertai tentera. Jangan anda tidak tahu, beliau sudah sertai lebih dari 65 operasi sejak menyertai Angkatan Tentera Malaysia.

    Kisah Rani Kulup Dari Sayong Yang Tidak Didendang Kisah Rani Kulup Dari Sayong Yang Tidak Didendang

    Ayahanda Rani Kulup gigih mempertahankan negara dengan menyertai operasi membanteras pengganas komunis sehinggalah tiada lagi ancaman komunis tiada dalam negara. Segala pahit manis, asam garam dan kepayahan dalam menentang komunis masih segar dalam ingatan Ayahanda Rani Kulup.

    Selain daripada itu, tahukah anda pembaca setia orangperak.com bahawa Ayahanda Rani Kulup juga kini bergiat aktif dalam dunia seni dan hiburan. Siapa sangka disebalik wajah garang bekas pejuang negara ini adalah salah seorang anggota kumpulan muzik tanah air dikenali sebagai Sometimes Group.

    Kisah Rani Kulup Dari Sayong Yang Tidak Didendang

    Mereka pernah buat album pada tahun 2010 dengan kebanyakan lagu-lagunya adalah ciptaan, pemuzik, lirik dan nyanyian Ayahanda Rani Kulup sendiri. Contohnya seperti dalam album “Tutup Pintu Tapi Tak Berkunci”, terdapat lima buah lagu ciptaan Ayahanda Rani Kulup yang berkonsepkan irama pop yeh-yeh dan 60-an.

    Kisah Rani Kulup Dari Sayong Yang Tidak Didendang Kisah Rani Kulup Dari Sayong Yang Tidak Didendang

    Sekadar maklumat asas keluarga yang diberitahu kepada editor orangperak.com oleh Ayahanda Rani Kulup sendiri. Ayahanda Rani Kulup ada 2 orang isteri dan sehingga ke hari ini tarikh artikel ini diterbitkan, beliau punyai 9 orang anak dan ayahanda Rani Kulup juga punyai 9 orang cucu.

    Kisah Rani Kulup Dari Sayong Yang Tidak Didendang Kisah Rani Kulup Dari Sayong Yang Tidak Didendang

    Hari ini, Ayahanda Rani Kulup cukup terkenal dengan gelaran Raja Report Polis kerana beliau merupakan orang yang paling banyak iaitu melebihi 1,000 laporan polis yang dibuat olehnya di dalam Malaysia ini. Penggunaan #kipidap yang kian menular di media sosial juga adalah berasal daripada sebutan keep it up daripada beliau yang bersahaja.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.