Produk Agro Negeri Perak Dipromosi di Singapura

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Sempena Tahun Melawat Perak 2017, Kerajaan Negeri Perak bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persukutuan (FAMA) telah melancarkan “Perak Plate Programme” di Agrobazaar Malaysia Singapura pada 20 Disember lepas.

    memasak

    Program ini adalah inisiatif untuk memperkenalkan kepada Warga Singapura dan pelancong antarabangsa tentang masakan, produk makanan berbungkus dan makanan tempatan popular oleh industri kecil agro Perak, disamping meningkatkan jenama negeri sebagai destinasi kulinari dan pelancongan.

    Program ini juga bertujuan sebagai tapak perniagaan daripada Malaysia, terutamanya Perak, untuk dipromosikan kepada pasaran Singapura, di samping memperkenalkan pembeli yang berpotensi daripada republik itu.

    Antara produk yang dipromosikan di sana adalah Putu Perak Ipoh, Cucur Peneram Bagan Serai, Lenggong Pekasam, Rendang Masak Hitam dan Mee Kicap.

    Selain itu, antara makanan popular yang dimasukkan dalam Peta Kulinari Antarabangsa adalah Nasi Vanggey, Ayam Garam di Ipoh, Ayam Goreng Berempah Gulam Rasul di Teluk Intan, Laksa di Pulau Pangkor dan Nasi Buluh dari Sungai Klah.

    Bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017, semua destinasi bertaraf antarabangsa berikut diharap dapat menarik ramai pelawat iaitu Tapak Warisan UNESCO Lembah Lenggong, hutan hujan tertua di dunia Royal Belum, Hutan Simpan Paya Bakau Matang yang dianugerahkan sebagai paya bakau yang terbaik diuruskan di dunia dan tempat sejarah kolonial British di Taiping.

    Program ini bermula pada 19 Disember 2016 hingga 15 Januari 2017 di Sultan Gate, Singapura.

    Warga Perak…! Apa lagi. Jom serbu semua tempat makan yang disenaraikan di atas.

    하늘
    하늘
    꿈을 꾸고 믿을 수 있다면 이룰 수도 있다. 세상에서 보고싶은 변화가 있다면 당신 스스로 그 변화가 되어라. 성공에 대한 의지를 품는 것은 무엇보다 중요하다.