OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Berita

Produk Agro Negeri Perak Dipromosi di Singapura

07 Jan 2017 · 1 min baca · 48 ·Oleh 하늘
Sempena Tahun Melawat Perak 2017, Kerajaan Negeri Perak bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persukutuan (FAMA) telah melancarkan "Perak Plate Programme" di Agrobazaar Malaysia Singapura pada 20 Disember lepas.

Sempena Tahun Melawat Perak 2017, Kerajaan Negeri Perak bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persukutuan (FAMA) telah melancarkan "Perak Plate Programme" di Agrobazaar Malaysia Singapura pada 20 Disember lepas.

memasak

Program ini adalah inisiatif untuk memperkenalkan kepada Warga Singapura dan pelancong antarabangsa tentang masakan, produk makanan berbungkus dan makanan tempatan popular oleh industri kecil agro Perak, disamping meningkatkan jenama negeri sebagai destinasi kulinari dan pelancongan. Program ini juga bertujuan sebagai tapak perniagaan daripada Malaysia, terutamanya Perak, untuk dipromosikan kepada pasaran Singapura, di samping memperkenalkan pembeli yang berpotensi daripada republik itu. Antara produk yang dipromosikan di sana adalah Putu Perak Ipoh, Cucur Peneram Bagan Serai, Lenggong Pekasam, Rendang Masak Hitam dan Mee Kicap. Selain itu, antara makanan popular yang dimasukkan dalam Peta Kulinari Antarabangsa adalah Nasi Vanggey, Ayam Garam di Ipoh, Ayam Goreng Berempah Gulam Rasul di Teluk Intan, Laksa di Pulau Pangkor dan Nasi Buluh dari Sungai Klah. Bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017, semua destinasi bertaraf antarabangsa berikut diharap dapat menarik ramai pelawat iaitu Tapak Warisan UNESCO Lembah Lenggong, hutan hujan tertua di dunia Royal Belum, Hutan Simpan Paya Bakau Matang yang dianugerahkan sebagai paya bakau yang terbaik diuruskan di dunia dan tempat sejarah kolonial British di Taiping. Program ini bermula pada 19 Disember 2016 hingga 15 Januari 2017 di Sultan Gate, Singapura. Warga Perak...! Apa lagi. Jom serbu semua tempat makan yang disenaraikan di atas.

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.