25 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

M. Daud Kilau Raja Gelek Malaysia Dari Bagan Datuk

- Advertisement -
- Advertisement -

Siapa yang tak kenal dengan Raja Gelek nombor satu di Malaysia? Sebut sahaja nama M. Daud Kilau, hampir semua generasi X dan Y tahu dan kenal siapakah beliau.

M. Daud Kilau cukup terkenal sebangai penyanyi jenis dangdut dan irama melayu serta tarian geleknya yang cukup menghiburkan hati apabila melihatnya. Kami pasti anda semua pembaca setia orangperak.com tahu siapakah Raja Gelek nombor satu yang kami maksudkan.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, nama sebenar Datuk Muhammad Daud Bin Kilau atau lebih popular dengan nama M. Daud Kilau adalah merupakan seorang penyanyi di tanah air kita, Malaysia.

M. Daud Kilau dilahirkan pada 10 Julai 1938 di Sungai Ular yang terletak di Bagan Datuk, Perak. Anak kelahiran Bagan Datuk yang punyai bakat dalam nyanyian dan tarian gelek ini adalah merupakan anak bongsu daripada 10 beradik.

Perjalanan hidup M. Daud Kilau dalam menceburkan diri dalam dunia seni ini sebenarnya bermula pada tahun 1968 lagi. Pada tahun tersebut, M. Daud Kilau telah menjuarai pertandingan Bintang Radio dengan menerusi lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis. Karier beliau menggorak langkah ke dalam dunia hiburan dan seni bermula sejak dari kemenangan daripada pertandingan tersebut.

M. Daud Kilau

Nasib M. Daud Kilau bertambah baik dengan lambakan tawaran dan peluang-peluang baru dalam pesada seni. Beliau juga ada dapat tawaran menjadi artis rakaman sehinggakan terhasilnya banyak lagu-lagu bergenre langgam, irama melayu asli dan juga dangdut yang kena dengan jiwa beliau. Tahun 1968 adalah tahun tuahnya yang membawa nama beliau terus melonjak ke dalam dunia seni dan hiburan dan kekal sehinggalah ke hari ini.

M. Daud Kilau

Tidak cukup dengan itu, pada tahun 1985 M. Daud Kilau sekali lagi menempah nama dalam dunia seni dengan menjuarai pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori nyanyian asli.

Suaranya yang lembut, lunak serta merdu menjadi faktor utama beliau menempah kemenangan dan sentiasa mendapat tempat di hati peminat yang semakin bertambah. Apa yang tidak boleh dilupakan adalah tarian geleknya juga menjadi faktor utama kemenangan beliau.

M. Daud Kilau

Sultan Perak yang ke 34 iaitu Almarhum Sultan Azlan Shah telah kurniakan darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) kepada M. Daud Kilau untuk mengenang jasa beliau dalam dunia seni pada tahun 1991.

Sejak itu, M. Daud Kilau membawa gelaran Datuk pada namanya dan terus menghiburkan seluruh masyarakat Malaysia sehingga ke hari ini. Kejayaan anak kelahiran Bagan Datuk ini dalam dunia seni amat membanggakan.

Video diatas adalah lagu kegemaran ramai!

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here