Kepentingan Balai Polis Lama Di Teluk Intan Yang Usang

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Teluk Intan cukup gah dengan pelbagai kisah sejarah dan tinggalan yang berharga dan punyai nilainya yang tersendiri selepas dibuka oleh Mak Intan, menjadi pengkalan pihak Belanda dan kemudian kedatangan pihak British pula.

    Apa yang menariknya, menara jam condong yang menjadi ikon dan tarikan utama di Teluk Intan yang dibina pada tahun 1885 telah tersenarai dalam senarai Tapak Warisan Kebangsaan 2012 dalam kategori tapak warisan bangunan.

    Namun, nasib yang sama tidak menyebelahi balai polis lama di Teluk Intan dan beberapa bangunan lain yang lebih penting fungsi dan peranannya serta mereka wujud lebih awal sebelum menara condong Teluk Intan dibina lagi.

    Jika anda tidak tahu, balai polis lama di Teluk Intan ini pada asalnya dibina dan punyai peranan sebagai bangunan pentadbiran pihak kastam yang akan mengurus takbir di sekitar Teluk Anson setelah mesyuarat Dewan Negeri Perak telah menukar nama Teluk Mak Intan kepada Teluk Anson dalam tahun 1882.

    Residen British di negeri Perak iaitu Sir Hugh Low telah mencadangkan kepada Dewan Negeri supaya nama teluk ini ditukarkan dari Teluk Mak Intan kepada Teluk Anson bagi mengenangkan jasa Jeneral Archibald Anson, Pegawai Daerah Hilir Perak.

    Kepentingan Balai Polis Lama Di Teluk Intan Yang Usang

    Seiring dengan perkembangan pembangunan di sekitar Teluk Anson, bangunan ini akhirnya ditukar menjadi balai polis kerana faktor kedudukannya di tengah-tengah bandar dan amat strategik. Sir Hugh Low adalah individu yang bertanggungjawab dalam pembinaan balai polis dan bangunan-bangunan kerajaan di Teluk Anson.

    Kepentingan Balai Polis Lama Di Teluk Intan Yang Usang

    “The Customs House, the Court House, landing jetty and Chief Police Station should be put there in once. I will send the plan and write on the subject to Singapore as soon as I can…”, Sir Hugh Low.

    Kepentingan Balai Polis Lama Di Teluk Intan Yang Usang

    Bangunan balai polis lama di Teluk Intan ini juga adalah antara saksi utama yang masih utuh berdiri sehingga ke hari ini apabila Teluk Anson Town dirasmikan dalam tahun 1882. Sejak dari zaman penjajahan British lagi ia dijadikan sebagai tempat tahanan untuk mereka yang didapati bersalah atas apa jua kesalahan.

    Kepentingan Balai Polis Lama Di Teluk Intan Yang Usang

    Kemudian didatangi pula zaman pendudukan Jepun yang menduduki Tanah Melayu dalam tahun 1941. Pihak Jepun turut menggunakan bangunan balai polis lama Teluk Intan ini sebagai ibu pejaba polis tentera Jepun (Kempetai) dan ia cukup digeruni sebagai pusat tahanan, soal siasat dan penyeksaan.

    Kepentingan Balai Polis Lama Di Teluk Intan Yang Usang

    Sewaktu zaman darurat pula, mayat-mayat pengganas komunis yang terbunuh dalam pelbagai bentuk serangan di sekitar kawasan Hilir Perak akan dibawa ke perkarangan balai polis lama Teluk Intan ini dan akan dipamerkan kepada umum sebelum dikebumikan.

    Kepentingan Balai Polis Lama Di Teluk Intan Yang Usang

    Sungguhpun bangunan balai polis lama Teluk Intan ini penuh dengan sejarah, tapi sekarang ia tidak diendahkan lagi. Cukup sayang melihat keadaan bangunan ini yang cukup uzur dan mula mereput menunggu masa untuk rebah dan runtuh menyebah bumi.

    Kepentingan Balai Polis Lama Di Teluk Intan Yang Usang

    Adalah amat wajar untuk pihak yang sepatutnya menjaga warisan ini dan segera membaik pulih agar ia dapat ditatap, dikenang dan dihayati sejarahnya oleh generasi yang akan datang agar mereka tahu sejarah tempatan dan secara tidak langsung ia boleh jadi satu lagi aset baru pelancongan yang cukup berharga di Teluk Intan.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.