Perubatan Tradisional Pakndak Untuk Kanser Di Gerik, Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Rawatan secara tradisional adalah pilihan terakhir buat kebanyakan penanggung penyakit kanser pada zaman kini. Pakndak di Gerik cukup terkenal dengan rawatan tradisionalnya dalam merawat pesakit kanser dalam pelbagai peringkat. Ramai yang berikhtiar dari pelbagai bangsa untuk merawat penyakit yang ada dengan Pakndak ini dan menyebabkan keadaan di rumahnya sentiasa ramai dengan pesakit dan keluarga pesakit yang turut datang menemani mereka.

    pesakit pakndak rawatan tradisional

    Cara Pakndak jalankan rawatan nampak mudah. Beliau hanya cuma memerlukan seekor ayam hidup dan juga air bukit yang boleh dibeli dari pihak mereka. Ayam? Kenapa ayam diperlukan untuk rawatan tradisional ini? Menurut pengalaman sahabat handai yang membawa ayahnya pergi merawat dengan kaedah Pakndak ini, ayam tersebut akan diletakkan di dada untuk mengimbas keadaan badan pesakit tersebut dan memindahkan sakit kanser pesakit ke ayam tersebut.

    Bayaran tidak ditetapkan oleh Pakndak, jika anda kesana dan dapatkan rawatan, anda boleh bayar ikut yang anda mampu. Harga yang ditentukan adalah harga ayam dan air bukit sahaja. Jadi, jumlah bayaran yang akan dikenakan pada pesakit adalah cuma air bukit, ayam dan sumbangan iklas. Difahamkan masa rawatan bermula pada jam 3 petang hingga ke waktu malam. Ianya beroperasi pada hari Rabu hingga Ahad sahaja. Isnin dan Selasa cuti.

    Di depan pintu rumah Pakndak ada diletakkan kertas untuk ditulis nombor giliran dan untuk pengetahuan anda, rawatan yang diberi oleh Pakndak ini bukanlah rawatan perseorangan. Kebiasaannya, Pakndak akan buat rawatan secara berkumpulan. Pakndak juga turut memberitahu pesakit supaya berpantang dalam pemakanan harian. Antara pantang larang yang perlu diikuti oleh pesakit selepas mendapat rawatan adalah:

    pantang pesakit kanser

    Kebanyakan ramai pesakit kanser memberi respon positif setelah membuat rawatan degan Pakndak. Buat pesakit yang ingin berikhtiar dengan perubatan cara tradisional oleh Pakndak, anda boleh terus berhubung dengan 013 409 2378 / 017 406 8430 / 05 791 8348 atau terus ke lokasi di alamat No 5, Taman Hj Ali, Gerik, Perak.

    kemaskini terbaru : didapati bahawa Pakndak telah meninggal dunia

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.