OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:16
Maghrib
19:17
Isyak
20:26
Berita

Perubatan Tradisional Pakndak Untuk Kanser Di Gerik, Perak

18 Jan 2017 · 1 min baca · 23 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Rawatan secara tradisional adalah pilihan terakhir buat kebanyakan penanggung penyakit kanser pada zaman kini. Pakndak di Gerik cukup terkenal dengan rawatan tradisionalnya dalam merawat pesakit kanser dalam pelbagai peringkat. Ramai yang berikhtiar dari pelbagai bangsa untuk merawat penyakit yang ada dengan Pakndak ini dan menyebabkan keadaan di rumahnya sentiasa ramai dengan pesakit dan keluarga pesakit yang turut datang menemani mereka.

Rawatan secara tradisional adalah pilihan terakhir buat kebanyakan penanggung penyakit kanser pada zaman kini. Pakndak di Gerik cukup terkenal dengan rawatan tradisionalnya dalam merawat pesakit kanser dalam pelbagai peringkat. Ramai yang berikhtiar dari pelbagai bangsa untuk merawat penyakit yang ada dengan Pakndak ini dan menyebabkan keadaan di rumahnya sentiasa ramai dengan pesakit dan keluarga pesakit yang turut datang menemani mereka.

pesakit pakndak rawatan tradisional

Cara Pakndak jalankan rawatan nampak mudah. Beliau hanya cuma memerlukan seekor ayam hidup dan juga air bukit yang boleh dibeli dari pihak mereka. Ayam? Kenapa ayam diperlukan untuk rawatan tradisional ini? Menurut pengalaman sahabat handai yang membawa ayahnya pergi merawat dengan kaedah Pakndak ini, ayam tersebut akan diletakkan di dada untuk mengimbas keadaan badan pesakit tersebut dan memindahkan sakit kanser pesakit ke ayam tersebut. Bayaran tidak ditetapkan oleh Pakndak, jika anda kesana dan dapatkan rawatan, anda boleh bayar ikut yang anda mampu. Harga yang ditentukan adalah harga ayam dan air bukit sahaja. Jadi, jumlah bayaran yang akan dikenakan pada pesakit adalah cuma air bukit, ayam dan sumbangan iklas. Difahamkan masa rawatan bermula pada jam 3 petang hingga ke waktu malam. Ianya beroperasi pada hari Rabu hingga Ahad sahaja. Isnin dan Selasa cuti. Di depan pintu rumah Pakndak ada diletakkan kertas untuk ditulis nombor giliran dan untuk pengetahuan anda, rawatan yang diberi oleh Pakndak ini bukanlah rawatan perseorangan. Kebiasaannya, Pakndak akan buat rawatan secara berkumpulan. Pakndak juga turut memberitahu pesakit supaya berpantang dalam pemakanan harian. Antara pantang larang yang perlu diikuti oleh pesakit selepas mendapat rawatan adalah:

pantang pesakit kanser

Kebanyakan ramai pesakit kanser memberi respon positif setelah membuat rawatan degan Pakndak. Buat pesakit yang ingin berikhtiar dengan perubatan cara tradisional oleh Pakndak, anda boleh terus berhubung dengan 013 409 2378 / 017 406 8430 / 05 791 8348 atau terus ke lokasi di alamat No 5, Taman Hj Ali, Gerik, Perak. kemaskini terbaru : didapati bahawa Pakndak telah meninggal dunia

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.