Pedang Yang Pernah Dimiliki Parameswara Kini Diwarisi Sultan Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Tidak ramai rakyat Malaysia bahkan anak Perak sendiri tidak pernah tahu tentang beberapa alat yang menjadi regalia simbol kedaulatan Kesultanan Melayu Perak.

    Kesultanan Perak itu sendiri merupakan kesinambungan pemerintahan hebat kerajaan Melayu Melaka yang memerintah Tanah Melayu disuatu ketika dahulu. Kali ini kami ingin menyentuh mengenai pedang hebat yang menjadi antara regalia Kesultanan Perak iaitu Pedang Cura Simanjakini.

    Pedang ini disebut dalam kitab Sulalatus Salatin merupakan warisan Kesultanan Melaka yang diwariskan dari Kerajaan Temasik dan berasal dari Kerajaan Agung Melayu Purba iaitu Empayar Srivijaya dari dinasti Mauli.

    Pedang Cura Simanjakini

    Nama Cura Simanjakini berasal perkataan Sanskrit “Churiga Si Mandakini” yang bermaksud pedang @ pisau dari Mandakini. Menurut Sejarah Raja-Raja Negeri Perak, Sultan Perak berketurunan dari Sang Sapurba, anak Raja Suran dan Puteri Mahtab al-Bahari, anak perempuan Aftab al-Ardzi yang merupakan keturunan Iskandar Zulqarnain Yang Agung.

    Sang Sapurba juga digelar sebagai Sri Nila Pahlawan. Pedang Cura Simanjakini dibawa oleh Sang Sapurba ke Gunung Saguntang Mahameru di Palembang. Disana Sang Sapurba mengahwini Wan Sendari yang merupakan anak Demang Lebar Daun. Disitulah perjanjian antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun termeteri dimana orang-orang Melayu bersetuju untuk berTuankan Sang Sapurba.

    Mengikut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun adalah orang yang pertama menggunakan bahasa Yang di Pertuan dan Patik apabila bercakap dengan raja, kerana Sang Sapurba itu keturunan raja-raja besar.

    Maka titah Sang Sapurba, “Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?” Maka, Sembah Demang Lebar Daun menjawab, “Adapun tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di pertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara”.

    Pedang Cura Simanjakini

    Sang Si Purba pun kemudiannya bertitah, “Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba”. Dan Demang Lebar Daun pun bertanya, “Janji yang mana itu, tuanku?”. Sang Sapurba menjawab, “Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita.

    Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”. Demang Lebar Daun menjawab “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah”. Titah Sang Si Perba, “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu”.

    Mereka pun bersumpah serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah atau melanggar perjanjian itu, maka dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas.

    Sang Sapurba kemudian meneruskan perjalanan ke wilayah Minangkabau dan disana baginda dikatakan memerintahkan pahlawan yang bernama Pemasku Mambang untuk menggunakan Pedang Cura Simanjakini sebagai senjata untuk membunuh ular atau binatang yang bernama Saktimuna yang telah membuat huru hara dan membunuh ramai rakyat yang tidak berdosa.

    Permasku Mambang berjaya membunuh ular Saktimuna tersebut dengan dibelah kepada 3 bahagian dan Sang Sapurba diangkat menjadi raja Melayu yang pertama.

    Parameswara menggunakan pedang Cura Simanjakini ini sewaktu pertabalan baginda sebagai Raja Melaka dan kemudian memakai gelaran Sultan pada 1405 dan kemudian mewariskan pedang ini kepada keturunan baginda. Pedang ini dibawa ke Kampar ketika pengunduran Sultan Mahmud Shah setelah Kota Melaka berjaya ditawan oleh Feringgi (Portugis).

    Pedang Cura Simanjakini dikurniakan kepada anakanda baginda iaitu Raja Muzaffar dan dibawa ke Perak apabila Sultan Muzaffar Shah menjadi Sultan Perak yang pertama pada 1528 dan sejak itu Pedang Cura Simanjakini menjadi alat kebesaran penting negeri Perak hingga kini.

    Pedang Cura Simanjakini

    Pedang Cura Simanjakini pernah dikatakan dibawa lari ke England apabila berlakunya perbalahan diantara Sultan Ismail dan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang rentetan dari itu membawa kepada pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak pada 1875.

    Sultan Perak tidak boleh ditabalkan sebagai Sultan jika Pedang Cura Simanjakini tiada. Ketika upacara pertabalan berlansung, YM Raja Chik Muda Pawang Diraja akan menyembahkan Pedang Cura Simanjakini kebawah DYMM Paduka Seri Sultan.

    Paduka Seri Sultan akan menghunus pedang tersebut dan mengucup hulu pedang. Pedang itu kemudian disarungkan kembali dan dibawa dibahu kanan, sama seperti cara ianya dibawa oleh Sang Sapurba apabila baginda membuat perjanjian dengan Demang Lebar Daun.

    Iskandar Zulqarnain
    Iskandar Zulqarnain
    Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson, Perak.