● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Berita

Jalan Paling Kerap Berlaku Kemalangan Maut Di Perak

26 Jan 2017 · 1 min baca · 173 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Ada lebih 20 lokasi jalan yang telah dikenalpasti sebagai lokasi jalan yang paling kerap berlakunya kemalangan maut di jalan yang ada di negeri Perak. Antara kawasan yang paling tinggi rekodnya adalah jalan-jalan yang ada di Hilir Perak. Daerah Hilir Perak adalah daerah yang paling tinggi risiko kemalangan sekaligus menjadi tumpuan pihak pewajib dan berkuasa untuk terus menerus berjaga-jaga di jalan yang telah dikenalpasti tersebut.

Berikut adalah senarai lokasi jalan raya yang telah dikenalpasti sebagai lokasi jalan raya yang paling kerap berlakunya kemalangan maut di serata negeri Perak:

Ipoh

  • Jalan Ipoh - Butterworth ( KM 95-123 )
  • Jalan Ipoh - Grik ( KM 82-115 )
  • Jalan Ipoh - Kuala Kangsar ( KM 29-44 )
  • Jalan Ipoh - Lumut
  • Jalan Ipoh - Kuala Kangsar
  • Jalan Ipoh - Simpang Pulai
  • Jalan Ipoh - Teluk Intan
  • Jalan Ipoh - Taiping
  • Jalan Ipoh - Kuala Lumpur ( KM 102-224 )
  • Jalan Ipoh - Kuala Lumpur ( KM 53-87 )

Taiping

  • Jalan Taiping - Pantai Remis ( KM 74 )
  • Jalan Taiping - Kuala Sepetang

Hutan Melintang

  • Jalan Teluk Intan - Hutan Melintang
  • Jalan Hutan Melintang - Bagan Datoh ( KM 18-36 )

Sitiawan

  • Jalan Sitiawan - Teluk Intan
  • Jalan Sri Manjong - Simpang Lekir

Gerik

  • Jalan Gerik - Pengkalan Hulu ( KM 15-70 )
  • Jalan Gerik - Lenggong ( KM 7-11 )
  • Jalan Lebuhraya Timur Barat Gerik - Jeli

Lain-lain

  • Jalan Langkap - Kampar
  • Jalan Changkat Jong

Pengguna jalan raya di ingatkan supaya sentiasa memperlahankan kenderaan atau lebih berhati-hati semasa memandu kenderaan masing-masing. Perlulah lebih bertimbang rasa dan tidak menggunakan jalan sebagai medan perlumbaan kenderaan anda. Apabila anda tiba di lokasi kemalangan maut yang sudah ditandakan dengan papan peringatan berkenaan dengan lokasi kemalangan maut, anda hendaklah lebih fokus semasa memandu dan tidak memandu laju. ikut arahan pihak berkuasa untuk melancarkan perjalanan dan demi keselesaan semua pengguna jalan raya yang lain.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.