Taman Rekreasi Dalam Bulatan Paling Besar Di Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Taman Rekreasi Bulatan Meru Raya dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan lokasinya agak terlin­dung daripada laluan utama bandar raya. Oleh kerana itulah ia menjadi tumpuan orang ramai untuk membawa keluarga untuk mendapatkan ketenangan dan bersantai selepas seharian penat bekerja. Ianya baru dibuka pada 25 November 2016 yang lalu dan sehingga ke hari ini ramai yang datang beriadah dan bermain pada waktu siang dan malam.

    peta taman rekreasi dalam bulatan paling besar di perak

    Antara tarikan utama di taman rekreasi ini adalah air pancut dan pancaran lampu berwarna-warni pada waktu malam. Disebabkan faktor inilah yang menyebabkan kanak-kanak amat gemar dan meminta ibu bapa membawa mereka kembali bermain disana. Sudah pas­ti kita akan dapat lihat senyuman anak-anak yang bermain riang sambil melihat panorama indah dan kehijauan lanskap di kawasan tersebut terutamanya pada waktu malam.

    Bulatan seluas 7.3 hektar itu merupakan bulatan yang paling besar di Perak. Ia turut mempunyai kolam cetek untuk kanak-kanak bermain dan mandi manda yang sedalam 0.6 meter. Terdapat juga kawasan riadah seperti trek untuk berjoging, kawasan santai, kerusi untuk ber­istirehat serta beberapa kemudahan lain untuk bersenam. Ingat, apabila kanak-kanak sedang bermain di kawasan air, adalah menjadi satu kewajipan untuk sentiasa diawasi oleh penjaga.

    taman rekreasi dalam bulatan paling besar di perak

    Parkir kenderaan juga ada disediakan dan mampu untuk memuatkan sebanyak 386 buah kerata, 2 buah bas dan 40 motosikal. Lampu warna-warni yang dikatakan tadi hanya dibuka pada 8 malam hingga 11 malam setiap hari. Pancutan air pula bermula pada 5 petang hingga 11 malam, setiap hari. Taman Rekreasi Bulatan Meru Raya ini dibuka 24 jam dan anda boleh masuk secara percuma! Cuma kemudahan tandas sahaja bukan 24 jam.

    Terdapat pengawal keselamatan yang bertugas siang dan malam ditugaskan untuk menjaga kawasan tersebut dan terdapat juga 22 unit kamera litar tertutup yang dipasang di Taman Rekreasi Bulatan Meru Raya itu. Jika anda ke sana, jagalah taman tersebut seperti harta kesayangan anda. Jangan merosakkan kemudahan yang disediakan supaya dapat berikan peluang kepada orang lain untuk merasakan keindahan Taman Rekreasi Bulatan Meru Raya tersebut.

    encik syam selfie di taman rekriasi

    Artikel ini adalah maklumat dari Encik Syam di group whatsapp orangperak.com yang kerap membawa keluarga beliau ke sana. Jika anda ada info, maklumat, fakta, sejarah, cerita, aduan untuk dikongsikan bersama, anda boleh terus hantarkan maklumat melalui whatsapp kami di talian 014 605 0005. Usah risau kerana butiran anda akan dirahsiakan sepenuhnya bergantung pada permintaan anda. Inilah cara untuk anda lontarkan maklumat yang tidak dapat sambutan, kami bantu anda untuk kongsikan pada umum.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.