Home Blog Fakta Rekod Tahanan Penjara Paling Lama Malaysia Di Penjara Taiping

Rekod Tahanan Penjara Paling Lama Malaysia Di Penjara Taiping

0
Rekod Tahanan Penjara Paling Lama Malaysia Di Penjara Taiping

Cerita dan kisah Salleh Talib dan Jamil Ahmad yang dibebaskan dari penjara pada tahun 2006 setelah mendapat pengampunan telah mencipta sejarah sebagai tahanan yang paling lama menjalani hukuman penjara di Malaysia dan kisah mereka ini wajar untuk diangkat sebagai teladan kepada semua.

Kali ini orangperak.com ingin menceritakan tentang salah seorang daripada mereka berdua iaitu Salleh Talib yang dilahirkan di Taiping, Perak pada tahun 1949. Beliau bersama-sama dengan sahabatnya iaitu Jamil Ahmad telah menjalani hukuman penjara lebih daripada separuh usianya.

Kisahnya Salleh Talib mula-mula terjebak dalam kegiatan jenayah adalah kerana atas desakan hidup dan keinginan untuk merasai kesenangan hidup. Pada tahun 1976, Salleh Talib dan Jamil Ahmad mengambil keputusan untuk berhijrah dari Baling, Kedah ke pekan Kuala Nerang.

Rekod Tahanan Penjara Paling Lama Malaysia Di Penjara Taiping

Keadaan kewangan yang teruk di Baling ketika itu telah memaksa mereka berpindah kerana ingin mendapatkan pekerjaan. Namun sebaliknya berlaku, harapan untuk mendapatkan pekerjaan di pekan Kuala Nerang hancur berderai. Penghijrahan mereka berdua dari Baling ke Kuala Nerang diibaratkan sebagai keluar kandang harimau dan masuk mulut buaya pula.

Jadi, Salleh Talib pun mula merompak bersama-sama dengan sahabatnya iaitu Jamil Ahmad secara kecil-kecilan dengan meraguk, pecah masuk dan macam-macam lagi disekitar kawasan Kedah. Jumlah kes yang terawal melibatkan Salleh Talib adalah kira-kira 45 kes dan mereka mendapat keuntungan puluhan ribu ringgit.

Rekod Tahanan Penjara Paling Lama Malaysia Di Penjara Taiping

Tidak puas dengan itu, segala keuntungan dikumpulkan dan mereka membeli senjata api dari Thailand. Peluang untuk mendapatkan senjata api di Thailand memang mudah dan mereka berdua menggunakan peluang tersebut sebaik-baiknya untuk memudahkan rompakan besar-besaran yang akan datang.

Oleh yang demikian, mereka telah berjaya dapatkan senapang patah dan sepucuk pistol. Pada satu hari selepas 3 bulan merisik jalan sunyi yang digunakan oleh pengurusan Felda untuk membawa wang gaji pekerja mereka, akhirnya mereka telah berjaya merompak dan mengaut keuntungan sebanyak RM50,000.

Rekod Tahanan Penjara Paling Lama Malaysia Di Penjara Taiping

Namun, belum sempat membelanjakan wang tersebut, mereka akhirnya terperangkap apabila ada kawan mereka yang meminjam senjata mereka untuk lakukan rompakan ditangkap oleh pihak polis dan setelah disiasat, pihak polis dapat kenalpasti Salleh Talib dan Jamil Ahmad untuk pelbagai rompakan yang telah dilakukan.

Salleh Talib dan Jamil Ahmad dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat kerana melakukan rompakan dibawah seksyen 4 akta senjata api 1972. Mereka juga turut dikenakan hukuman 6 sebatan rotan yang meninggalkan parut sepanjang hayat.

Rekod Tahanan Penjara Paling Lama Malaysia Di Penjara Taiping

Baca kisah Raja Muda Perak minta Salleh Talib buatkan kasut

Setelah menjalani hukuman penjara selama 30 tahun, 11 bulan dan 9 hari iaitu bersamaan dengan lebih dari separuh umur mereka sendiri, akhirnya mereka berdua diberi pengampunan oleh Sultan Kedah iaitu Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Tarikh keramat 3 oktober 2006 adalah tarikh pembebasan mereka ke dunia luar setelah lebih 30 tahun dalam penjara.

Salleh Talib telah meninggal dunia pada tahun 2012 ketika usia 63 tahun akibat sakit tua selepas 6 tahun dibebaskan dari penjara Taiping kerana sakit tua. Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Pokok Assam.

Kredit gambar dan olahan semula dari Syahril Kadir dan Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here