25 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Segari, Hutan Bukit Pantai Yang Terakhir Di Malaysia

- Advertisement -
- Advertisement -

Hutan Simpan Segari Melintang, Manjung,Perak adalah Hutan Simpananan Dara Segari Melintang yang meliputi kawasan seluas 2,720.79 hektar. Duhulunya kawasan hutan tersebut adalah seluas 4,700 hektar dan telah dimusnahkan hampir 2,000 hektar untuk tujuan pembukaan kuari, perternakan dan tanaman kelapa sawit.

Hutan Simpan Segari adalah merupakan hutan bukit pesisiran pantai yang terakhir di negara kita dan ia telah klasifikasikan sebagai hutan simpananan dara dan hutan pemuliharaan bernilai tinggi.

Sesungguhnya, hutan jenis ini amat jarang dapat dijumpai dan dengan keadaannya hari ini, ia kelihatan terancam kerana terdedah dengan pelbagai faktor kerangkusan sesetengah pihak yang pentingkan diri.

Untuk makluman anda, hutan bukit pantai terakhir di Malaysia iaitu hutan simpan Segari ini juga menjadi habitat buat kebanyakan spesis flora dan fauna yang semakin terancam dan hampir pupus.

Beberapa spesis pokok kayu keras yang jarang dijumpai seperti Shorea Glauca (Balau Bunga) dan spesis endemik terancam secara kritis, Balau Lumutensis. Kedua-dua sp Shorea dan sp Balau ini telah disenaraikan dalam Senarai Merah Spesis Terancam oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN).

Segari, Hutan Bukit Pantai Yang Terakhir Di Malaysia

Di hutan simpan Segari juga terdapat Pusat Penetasan Penyu dan Pusat Maklumat yang diusahakan sejak pada tahun 1990 sehingga ke hari ini. Jangan anda tidak tahu, negeri Perak juga punyai tempat pendaratan penyu sama seperti di Rantau Abang, Terengganu.

Segari, Hutan Bukit Pantai Yang Terakhir Di Malaysia Segari, Hutan Bukit Pantai Yang Terakhir Di Malaysia

Terdapat air terjun di dalam hutan simpan Segari yang cukup indah dan bersih yang masih belum pernah di komersialkan pada umum. Pelbagai aktiviti eco pelancongan boleh dijalankan disana dengan tersedianya tapak perkhemahan di kawasan sekitar air terjun tersebut.

Segari, Hutan Bukit Pantai Yang Terakhir Di Malaysia Segari, Hutan Bukit Pantai Yang Terakhir Di Malaysia

Hutan simpan Segari ini amat penting fungsinya dari segi sumber dan sistem-sistem yang menampung kehidupan sebagai contoh ia berfungsi sebagai pembersihan air, pengawalan serangga dan pengurangan hakisan. Kawasan-kawasan disana juga adalah tempat yang mengandungi kekayaan kepelbagaian biologi yang tinggi.

Segari, Hutan Bukit Pantai Yang Terakhir Di Malaysia Segari, Hutan Bukit Pantai Yang Terakhir Di Malaysia

Semua pihak khususnya masyarakat di seluruh negeri Perak harus buka mata dan memandang serius mempertahankan kawasan hutan simpan Segari dari pelbagai ancaman yang ada. Anggaplah ini harta yang terakhir kita ada dan janganlah disia-siakan agar generasi mendatang dapat satu manfaat daripadanya.

Segari, Hutan Bukit Pantai Yang Terakhir Di Malaysia Segari, Hutan Bukit Pantai Yang Terakhir Di Malaysia

Olahan dan Merujuk Tulisan:

  • Khairul Jamain
- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here