Sekolah Menengah Agama Lelaki Pertama Malaysia Di Ipoh

Dalam tahun 1959, DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada waktu ketika itu Sultan Yussuf Izzuddin Shah telah merasmikan pembukaan Sekolah Menengah Agama lelaki negeri Perak. Sekolah ini adalah sekolah menengah agama yang pertama di Malaysia yang menggabungkan pelajaran agama dan akademik di peringkat Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Dalam tahun 1960, sekolah ini dinamakan, Sekolah Izzudin Shah mengambil sempena nama Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.

Sekolah ini adalah merupakan antara salah satu idea cetusan daripada Menteri Besar Perak yang pertama selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Tan Sri Haji Ghazali bin Jawi. Selain daripada sekolah ini, satu lagi sekolah yang mempunyai orientasi yang sama tetapi khas untuk pelajar perempuan turut didirikan setahun kemudian iaitu Sekolah Raja Perempuan Taayah dan terletak kira-kira 5 kilometer dari Sekolah Izzudin Shah dan berhampiran dengan kediaman rasmi Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Sultan Yussuf Izzuddin Shah

Sultan Yussuf Izzuddin Shah

Pada waktu tersebut, Sekolah Izzudin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah mula membuka kelas untuk tingkatan satu dengan menerima pelajar-pelajar Melayu dari sekolah-sekolah Melayu serata Perak, khususnya di sekitar Ipoh. Kumpulan pertama pelajar Sekolah Izzudin Shah ini belajar sehingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekolah Izzudin Shah menawarkan pembelajaran sehingga kelulusan SPM dan pada awal tahun 80an, sekolah mula menawarkan pembelajaran di tingkatan enam dengan kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan menawarkan kelas tingkatan enam kepada pelajar perempuan.

Tan Sri Haji Ghazali bin Jawi

Tan Sri Haji Ghazali bin Jawi

Sekolah ini dibina di Tiger Lane, Ipoh. Tujuan dibinanya sekolah agama ini adalah untuk menampung pelajar-pelajar Melayu Perak yang tidak dapat melanjutkan pelajaran di sekolah-sekolah berasrama penuh supaya dapat meneruskan pelajarannya yang berorentasikan keagaman. Ia bertujuan untuk memberikan pendidikan agama secara formal dan sistematik selaras dengan pendidikan moden untuk melahirkan pegawai-pegawai tadbir, eksekutif, pendidikan dan ulamak yang sentiasa berpegang teguh dengan nilai-nilai agama.

Ia juga bertujuan untuk menampung pelajar-pelajar di negeri Perak supaya dapat menyambung pelajaran di peringkat menengah dan seterusnya ke peringkat tinggi. Pada mulanya sekolah ini ditadbirkan oleh sebuah Lembaga Pengurus yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak. Lembaga Pengurus ini bertanggungjawab merumus dasar dan polisi sekolah, mengawas pentadbiran sekolah, merancang sukatan pelajaran dan Kurikulum, pemilihan guru-guru akademik dan rabie thanawi.

peta Sekolah Izzudin Shah

Pada tahun 1978, sebuah Lembaga Pentadbir ditubuhkan yang bertujuan untuk melicinkan pengawalan dan pentadbiran sekolah serta membuat perancangan dan dasar sekolah. Lembaga ini dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Kedua-dua Lembaga Pengurus dan Lembaga Pentadbir ini adalah juga bertanggungjawab kepada Sekolah Menengah Agama Raja Perempuan Ta’ayah. Pada peringkat awalnya, sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan, dua tingkat asrama pelajar dengan tingkat bawah digunakan sebagai bilik darjah untuk menampung seramai 80 orang pelajar kumpulan pertama.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here