● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:54
Syuruk
06:59
Zohor
13:05
Asar
16:21
Maghrib
19:04
Isyak
20:14
Fakta

Lukisan Pra Sejarah Di Dalam Gua Tambun

14 Feb 2019 · 1 min baca · 560 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Lukisan paling awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia sejak pada zaman dahulu kala lagi. Di Malaysia juga tidak terlepas dari penemuan lukisan lama di dinding-dinding gua yang diceritakan ini.

Antara lukisan lama yang ditemui di dinding-dinding gua adalah terletak di dalam Gua Niah, Sarawak dan juga Gua Tambun yang terletak di negeri Perak. Ini adalah sejenis seni dan juga merupakan warisan negara yang membuktikan wujudnya penempatan awal di kawasan tersebut pada zaman dahulu. Gua Tambun terletak di bawasan bukit-bukit batu kapur di bandar raya Ipoh, negeri Perak, Malaysia.

signboard gua tambun

Di dalam Gua Tambun ini tersimpan satu rahsia yang bernilai iaitu lukisan-lukisan purba yang dipercayai sejak zaman Neolitik yang berusia kira-kira 3000 hingga 4000 tahun dahulu.

gua tambun
gua tambun

Terdapat lukisan yang dilukis seakan-akan gambar aktiviti perburuan binatang dengan menggunakan lembing. Lukisan lama yang berharga ini termasuklah lukisan orang Asli purba, rusa, pelanduk, kura-kura dan dugong. Gua Tambun ini terletak berdekatan dengan Kem Syed Putra, Tambun, Ipoh.

gua tambun
gua tambun

Gua ini asalnya tidak mendapat jagaan dan perhatian rapi daripada pihak arkeologi. Dikatakan lukisan-lukisan purba tidak ternilai ini dijumpai pada tahun 1959 oleh Leftenan R. L. Rawlings semasa dalam rondaan ketika keadaan negara dalam zaman darurat. Beberapa batu gantung tajam yang dipanggil sebagai stalaktit telah jatuh dan runtuh secara tidak lansung telah merosakkan sebahagian bahan purba ini. Oleh itu rupa bentuk Gua Tambun ini telah tidak ada lagi.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.