Lemang Tepung Kuih Tradisi Yang Semakin Pupus

Pernahkah anda anak perak makan lemang tepung? Buat mereka yang terpinga-pinga dan tidak pernah dengar tentangnya, lemang tepung adalah makanan tradisi orang perak yang seakan bengkang atau bingka tetapi cara masak adalah hampir sama dengan lemang pulut dengan menggunakan buluh cuma bahan untuk memasak sahaja yang lain.

lemang tepung kuih tradisi

Dengan kebanjiran kuih-muih hipster dan moden yang semakin dan tidak putus-putus mendapat perhatian dan permintaan orang ramai membuatkan kuih tradisi lama ini semakin kian dilupakan. Ia jarang atau tidak dijual secara terbuka oleh kerana beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan. Antaranya adalah ia tidak boleh disimpan dengan lama, ianya tidak begitu menguntungkan dan tidak berbaloi dan hanya boleh bertahan untuk beberapa hari sahaja.

Lemang tepung sangat mudah basi menyebabkan ia tidak boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak kerana tidak boleh disimpan lama dan boleh buatkan kerugian. “Selain itu, bahan-bahan yang sukar atau susah untuk didapati seperti buluh tersebut di kawasan bandar dan kaedah membuatnya yang rumit kadang-kadang membuatkan kuih ini semakin kian dilupakan.

Zaman kini, kuih muih tradisi hanya dibuat untuk tujuan tertentu sahaja seperti pada musim perayaan masyarakat Melayu. Waris-waris yang ada kurang berminat dan lebih meminati Dunkin Donut, Big Apple dan lain-lain kuih moden yang lebih mudah didapati.

Jika anda kenal sesiapa yang pandai membuat kuih lemang tepung ini, pergilah menuntut agar ilmu ini tidak dilupakan dan janganlah berahsia dan tidak mahu berkongsi resepi yang semakin dilupakan ini dengan orang lain. Amat merugikan sekiranya resipi kuih tradisi lemang tepung ini tidak diperturunkan dan ia sebenarnya adalah merupakan strategi terbaik untuk perniagaan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here