Kisah Jambatan Sultan Idris Shah II Di Bota, Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Jambatan Sultan Idris Shah II di Bota umpama tulang belakang buat negeri Perak yang menjadi nadi dan penghubung buat dua lokasi yang pesat membangun yang mana hari ini Ipoh dan Manjung sudah menjadi sebuah pekan dan bandar yang pesat pembangunannya serta pertumbuhan ekomoni dan penduduk saban tahun.

    Kos pembinaan yang telah digunakan adalah sebanyak $1.1 juta untuk menyiapkan jambatan Sultan Idris Shah II di Bota. Jambatan tersbeut dibina dengan bertujuan untuk menyediakan jalan pintas buat Ipoh – Lumut – Ipoh dan memudahkan urusan harian rakyat dan penduduk setempat.

    Nama jambatan Sultan Idris Shah II di Bota diambil sempena nama sultan pemerintah negeri Perak pada waktu itu iaitu Almarhum Sultan Idris Shah II (Sultan Perak ke 33) yang memerintah negeri Perak sejak tahun 1963 hingga tahun 1984.

    Setahun selepas bermulanya baginda almarhum Sultan Idris Shah II memerintah, jambatan yang menghubungkan laluan Ipoh – Lumut – Ipoh yang merentasi sungai Perak telah siap dibina dan ia telah dirasmikan almarhum Sultan Idris Shah II (Sultan Perak ke 33) dalam bulan Januari 1964.

    Kisah Jambatan Sultan Idris Shah II Di Bota, Perak Kisah Jambatan Sultan Idris Shah II Di Bota, Perak

    Dalam tahun 1964, jambatan di Bota dengan sepanjang 1,300 kaki ini adalah merupakan jambatan yang paling panjang dalam negeri Perak pada waktu itu. Ia cukup gah dan menjadi satu tarikan serta kebanggaan buat penduduk Perak Tengah dengan keadaan yang ada di sana.

    Kisah Jambatan Sultan Idris Shah II Di Bota, Perak

    Malangnya, Perak Tengah juga tidak terkecuali dari dilanda dengan bah banjir besar yang melanda negeri Perak dalam bulan Januari 1967. Banjir tersebut telah memusnahkan jambatan yang berdiri teguh selama 3 tahun.

    Kisah Jambatan Sultan Idris Shah II Di Bota, Perak

    Banjir yang merebahkan jambatan itu bukan banjir biasa-biasa. Ia datang dengan balak-balak yang hanyut dari hulu untuk ke hilir sungai Perak. Keadaan tesebut telah menyebabkan jambatan asal Sultan Idris Shah II Di Bota musnah dan rebah hampir 77%. Hanya 300 kaki panjang saki baki jambatan yang masih berdiri teguh di tengah-tengah sungai.

    Kisah Jambatan Sultan Idris Shah II Di Bota, Perak

    Kerja-kerja merobohkan saki-baki jambatan lama yang masih utuh berdiri bermula dalam bulan Februari 1971. Pada tahun 1972, di lokasi yang sama dengan jambatan lama yang telah roboh, akhirnya perancangan untuk bangunkan jambatan baru yang dapat kita lihat hari ini telah dijalankan dengan rancangan kos pembangunan sebanyak $3.1 juta.

    Kisah Jambatan Sultan Idris Shah II Di Bota, Perak

    Sumber dan rujukan:

    • Berita Harian 18 Jun 1968
    • Penyata Rasmi Parlimen – Parlimen Ketiga, Penggal Kedua 23 Ogos 1972 (m/s 3124)
    • Penyata Rasmi Parlimen – Parlimen Keempat, Penggal Pertama 23 Julai 1975 (m/s 1627 – 1628)
    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.