Panglima Ghee Hin Disumpah Jadi Buaya Putih Di Larut

Negeri Perak cukup popular dengan cerita rakyat untuk dijadikan sebagai salah satu hiburan buat anak-anak mereka pada satu ketika dahulu. Tidak lupa juga buat negeri-negeri lain yang tidak terkecuali dari lambakan cerita rakyat dan apa yang menariknya, setiap cerita rakyat yang disampaikan sejak turun temurun sudah tentu ada mesej-mesej tertentu yang baik untuk dijadikan teladan dan sepadan kepada masyarakat kita pada hari ini.

Bagi untuk mengelakkan semua cerita rakyat ini hilang dan dilupakan akibat daripada lumrah alam dengan peredaran zaman, jadi kami dari orangperak.com mengambil inisiatif untuk mengumpul koleksi cerita rakyat dan direkodkan dalam laman orangperak.com untuk tujuan rujukan dan sumber bacaan masyarakat kita hari ini. Kisah ini adalah sumber cerita lisan dari warga tua semasa kami minum teh di warung Bota, Perak.

Jikalau di Hulu Perak terkenal dengan Pawang Gajah, jangan anda tidak tahu yang disebelah Kinta pula terkenal dengan Pawang Buaya. Pawang Gajah dan Pawang Buaya ini cukup sinonim dengan masyarakat kita satu ketika dahulu tidak kira di serata nusantara. Ada yang seringkali mengaitkan kisah Pawang Buaya dengan buaya putih yang tidak dapat dilihat oleh orang biasa dan hanya boleh dapat dilihat oleh orang-orang yang tertentu dan mempunyai daulat.

Berbalik kepada kisah Panglima Ghee Hin yang bernama Ah Choong yang ingin diceritakan kali ini. Dikatakan bahawa Ah Chong adalah seorang lelaki dari keluarga Hakka Kanton. Beliau adalah merupakan individu yang diangkat sebagai pemimpin kepada masyarakat Ghee Hin secara rahsia dan mereka telah menempatkan lebih daripada 16 kawasan penempatan untuk dijadikan sebagai pengumpulan muatan timah sebagai perniagaan mereka.

Panglima Ghee Hin Disumpah Jadi Buaya Putih Di Larut

Apa yang menariknya, terdapat satu kisah dongeng yang telah dikaitkan dengan Ah Choong ini. Dirinya selalu dikaitkan dengan penampakan seekor buaya putih yang ada di Sungai Larut. Hal ini adalah kerana dikatakan bahawa Ah Choong dikatakan pernah berguru dengan orang Melayu dalam seni mempertahankan diri seni silat dan beliau telah berjanji yang beliau tidak akan menggunakan ilmu yang diterimanya itu untuk melawan orang Melayu.

Panglima Ghee Hin Disumpah Jadi Buaya Putih Di Larut

Namun apa yang berlaku adalah disebaliknya, Ah Choong telah melanggar janji dengan gurunya itu kerana telah membunuh beberapa orang Melayu. Akibat daripada melanggar janji dengan gurunya itu, Ah Choong dikatakan telah disumpah oleh gurunya menjadi buaya putih. Ada juga yang dikatakan beliau bertukar menjadi buaya putih apabila terjatuh ke dalam sungai Larut. Walau apa pun kisahnya, ianya adalah cerita rakyat yang diperturunkan.

Kerajaan perbandaran Taiping di Perak telah menamakan sebatang jalan dengan namanya kerana sumbangan beliau terhadap ekonomi. Pada hakikatnya disebalik cerita rakyat yang diceritakan tadi, pada bulan Jun 1865, Ah Choong telah ditangkap dan dihukum mati selepas Perang Larut melanda. Perang Larut pertama berlaku pada tahun 1861 apabila puak Hai San menyekat laluan air ke lombong puak Gee Hin yang kaya dengan bijih timah. Dalam perang ini, Puak Gee Hin telah kalah dan terusir ke Kemunting.

Panglima Ghee Hin Disumpah Jadi Buaya Putih Di Larut

Selepas Ah Choong meninggal dunia, penduduk Cina di Matang telah membina kuil untuk menyembah rohnya kerana Ah Choong adalah seorang yang amat berpengaruh dan digelar sebagai Panglima Ghee Hin oleh orang-orang Melayu.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.