Kitchen Garden Oleh Pesara Tentera Laut Di Rumahnya Lekir, Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Kalau hati rasa hendak, akan ada beribu-ribu daya untuk mencapainya. Namun jika ada sedikit rasa tidak mahu, maka satu dalih pun sudah mencukupi untuk menolak satu usaha demi mencapai sesuatu. Konsep berkebun di halaman rumah bukanlah satu perkara yang baru, namun tidak ramai yang mampu untuk buat.

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, kali ini kami akan menceritakan tentang kisah ‎Hamdan Ahmad Sapli yang merupakan pemilik kepada Kitchen Garden di Lekir. Beliau adalah pengusaha kebun sayur yang membenarkan pelanggan yang datang untuk petik sayur segar di Kitchen Garden.

    ‎Hamdan Ahmad Sapli‎ yang kini menetap di Lekir, Sitiawan dilahirkan pada 6 September 1968. Beliau adalah berasal dari Kampung Lengkuas, Parit dan menerima pendidikan dan belajar di Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit pada tahun 1983 hingga tahun 1988.

    Hobi berkebun tidak semestinya boleh dilakukan jika anda punyai ruang kawasan yang terhad. Anda boleh menggunakan konsep pertanian bandar (urban farming) yang mana ia menekankan konsep antiviti berkebun di ruang dan kawasan yang terhad terutamanya di halaman rumah.

    Kitchen Garden Oleh Pesara Tentera Laut Di Rumahnya Lekir, Perak

    Telah berpencen sebagai bekas tentera laut sejak pada Ogos 2011 lagi. Sejak dari itu, ‎Hamdan Ahmad Sapli mula bercucuk tanam di sekeliling rumahnya untuk mengisi masa lapang. Kitchen Garden yang dibangunkan oleh ‎Hamdan Ahmad Sapli berniat untuk menggalakkan masyarakat setempat berkebun sekitar rumah.

    Kitchen Garden Oleh Pesara Tentera Laut Di Rumahnya Lekir, Perak

    Pemilik Kitchen Garden ini dikatakan amat senang dan mudah mesra dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus datang untuk melihat kebunnya lantas ada juga yang meminta perkongsian ilmu berkebun sekitar rumah daripada Hamdan Ahmad Sapli. Jika anda berminat, anda boleh Kampung Tersusun Lorong Haji Hamzah, Batu 10, Lekir.

    Kitchen Garden Oleh Pesara Tentera Laut Di Rumahnya Lekir, Perak

    Kitchen Garden wajar diangkat sebagai contoh kepada masyarakat tentang manfaat yang diperoleh dari aktiviti pertanian ringkas di halaman rumah. Bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan harian malah boleh menambah pendapatan sampingan.

    Kitchen Garden Oleh Pesara Tentera Laut Di Rumahnya Lekir, Perak

    Jika tidak ada ruang besar sekalipun, anda boleh menggunakan pelbagai alternatif termasuk menanam di dalam bekas-bekas tertentu. Agak kecewa apabila mereka yang tinggal di kawasan kampung dan boleh tanam sendiri untuk dapatkan hasil tuai yang segar namun masih lagi menghiraukan dan terus membeli di luar.

    Facebook Hamdan Ahmad Sapli, facebook.com/hamdan.ahmadsapli

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.