OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:16
Maghrib
19:17
Isyak
20:26
Tokoh

Kitchen Garden Oleh Pesara Tentera Laut Di Rumahnya Lekir, Perak

15 May 2019 · 2 min baca · 25 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Hamdan Ahmad Sapli mula bercucuk tanam di sekeliling rumahnya untuk mengisi masa lapang. Kitchen Garden yang dibangunkan oleh ‎Hamdan Ahmad Sapli berniat untuk menggalakkan masyarakat setempat berkebun sekitar rumah.

Kalau hati rasa hendak, akan ada beribu-ribu daya untuk mencapainya. Namun jika ada sedikit rasa tidak mahu, maka satu dalih pun sudah mencukupi untuk menolak satu usaha demi mencapai sesuatu. Konsep berkebun di halaman rumah bukanlah satu perkara yang baru, namun tidak ramai yang mampu untuk buat.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, kali ini kami akan menceritakan tentang kisah ‎Hamdan Ahmad Sapli yang merupakan pemilik kepada Kitchen Garden di Lekir. Beliau adalah pengusaha kebun sayur yang membenarkan pelanggan yang datang untuk petik sayur segar di Kitchen Garden. ‎Hamdan Ahmad Sapli‎ yang kini menetap di Lekir, Sitiawan dilahirkan pada 6 September 1968. Beliau adalah berasal dari Kampung Lengkuas, Parit dan menerima pendidikan dan belajar di Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit pada tahun 1983 hingga tahun 1988. Hobi berkebun tidak semestinya boleh dilakukan jika anda punyai ruang kawasan yang terhad. Anda boleh menggunakan konsep pertanian bandar (urban farming) yang mana ia menekankan konsep antiviti berkebun di ruang dan kawasan yang terhad terutamanya di halaman rumah.

Kitchen Garden Oleh Pesara Tentera Laut Di Rumahnya Lekir, Perak

Telah berpencen sebagai bekas tentera laut sejak pada Ogos 2011 lagi. Sejak dari itu, ‎Hamdan Ahmad Sapli mula bercucuk tanam di sekeliling rumahnya untuk mengisi masa lapang. Kitchen Garden yang dibangunkan oleh ‎Hamdan Ahmad Sapli berniat untuk menggalakkan masyarakat setempat berkebun sekitar rumah.

Kitchen Garden Oleh Pesara Tentera Laut Di Rumahnya Lekir, Perak

Pemilik Kitchen Garden ini dikatakan amat senang dan mudah mesra dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus datang untuk melihat kebunnya lantas ada juga yang meminta perkongsian ilmu berkebun sekitar rumah daripada Hamdan Ahmad Sapli. Jika anda berminat, anda boleh Kampung Tersusun Lorong Haji Hamzah, Batu 10, Lekir.

Kitchen Garden Oleh Pesara Tentera Laut Di Rumahnya Lekir, Perak

Kitchen Garden wajar diangkat sebagai contoh kepada masyarakat tentang manfaat yang diperoleh dari aktiviti pertanian ringkas di halaman rumah. Bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan harian malah boleh menambah pendapatan sampingan.

Kitchen Garden Oleh Pesara Tentera Laut Di Rumahnya Lekir, Perak

Jika tidak ada ruang besar sekalipun, anda boleh menggunakan pelbagai alternatif termasuk menanam di dalam bekas-bekas tertentu. Agak kecewa apabila mereka yang tinggal di kawasan kampung dan boleh tanam sendiri untuk dapatkan hasil tuai yang segar namun masih lagi menghiraukan dan terus membeli di luar. Facebook Hamdan Ahmad Sapli,

facebook.com/hamdan.ahmadsapli

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.