OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang --:--:--
Subuh
05:58
Syuruk
07:03
Zohor
13:12
Asar
16:18
Maghrib
19:14
Isyak
20:23
Berita

Rumah Terbuka Perayaan Vasakhi Di Taiping

15 Apr 2017 · 1 min baca · 29 ·Oleh 하늘

Selama ini kita hanya menyaksikan Tarian Bhangra di kaca televisyen terutamanya sewaktu menonton cerita Hindustan. Apa kata kali ini kita sama-sama menyaksikan tarian ini di depan mata. Bukan itu sahaja, pelbagai makanan autentik masyarakat Sikh juga turut disediakan termasuk ladu atau manisan.

Tahukah anda Taiping merupakan salah satu lokasi penempatan pertama masyarakat Sikh di Malaysia? Tahukah anda Gurdwara Sahib Taiping, Perak merupakan rumah ibadat dan pusat komuniti Sikh yang kini telah berusia 100 tahun dan di negeri Perak sahaja, terdapat 42 buah gurdwara? Menarik bukan? Oleh itu, marilah kita sama-sama hadir untuk lebih mengenali budaya dan perayaan masyarakat Sikh terutamanya mereka yang tinggal di negeri Perak ini.

poster vasakhi

Majlis ini kali pertama diadakan di Taiping bersempena Tahun Melawat Perak 2017. Majlis ini akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Seri Abdul Aziz pada 15 April 2017 di Dataran Warisan, Majlis Perbandaran Taiping pada jam 7.00 malam hingga 10 malam. Pelbagai persembahan, pameran, makanan tradisi autentik Punjabi dan banyak aktiviti menarik bakal disediakan untuk pengunjung seperti jadual yang tertera.

program vasakhi

Kepada semua warga Perak, moh kite..!

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.