● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:52
Syuruk
06:59
Zohor
13:03
Asar
16:21
Maghrib
19:02
Isyak
20:12
Makanan

Satey Pilihan Nombor Satu Di Bota

10 Jan 2017 · 1 min baca · 285 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Yang diketahui asal usul satey, ia berasal dari Jawa, Indonesia dan kini satey sangat popular di negara asia tenggara seperti Malaysia, Singapura, Filipina dan juga Thailand.

Sate Bota atau Mustafa Sate Bota adalah nama yang tidak asing lagi buat penduduk di Perak Tengah kerana kelazatan yang dikekalkan sejak lebih 30 tahun dulu lagi dan paling murah di pasaran. Mustafa Sate Bota terkenal sejak dahulu lagi kerana harganya yang murah. Sehingga kini, berebut-rebut pelanggan datang kerana hendak membeli satey di kedai ni.

peta sate bota

Setiap kali anda lalu di depan kedainya yang terletak di kawasan Titi Gantung Bota, mesti anda akan nampak ramai yang telah beratur panjang untuk membeli satey kegilaan di Bota ini.

mustafa sate bota

Kedainya tidak pernah lengang dengan orang dan sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pelanggan baru ataupun pelanggan tetap yang merupakan penduduk setempat. Jika anda ke Bota atau melalui jalan ini, pastikan anda dapatkan dan mencuba Satey Bota ini. Lokasinya selalu menjadi persinggahan buat mereka yang bergerak melalui jalan Ipoh ke Manjung.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.