Sebagai anak jati negeri Perak, Taman Tasik Taiping sudah tentu tidak asing buat kita. Diasaskan pada 1880 Taman Tasik Taiping ini yang merupakan taman awam pertama di Malaya mempunyai banyak tarikan menarik yang tidak terdapat ditaman-taman lain di Malaysia. Kali ini orangperak.com ingin berkongsi mengenai salah satu tumbuhan menarik yang terdapat di Taman Tasik Taiping iaitu Pokok Peluru Meriam.
pokok
Pokok Getah Pertama di Malaysia
Pada tahun 1877, pokok getah Hevea Brasiliensis yang pertama telah ditanam di Kuala Kangsar, Perak oleh H.J. Murton yang merupakan seorang penguasa Botanical Gardens di Singapura.
Pokok Ipoh Yang Tumbang Telah Ditanam Semula
Kita semua sudah sedia maklum bahawa nama bandaraya Ipoh sebenarnya berasal daripada nama sepohon pokok yang mengeluarkan getah beracun atau juga dikenali dengan upa. Getah beracun dari pokok itu dikatakan banyak kegunaannya dan ianya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat orang asli untuk memburu binatang.
Usahawan Pokok Kurma Di Chemor, Perak
Pokok kurma atau tamar adalah sejenis pokok palma dalam genus Phoenix yang ditanam secara besar-besaran untuk mendapatkan buahnya. Buah kurma amat terkenal dalam masyarakat melayu dalam bulan Ramadhan dan permintaannya dalam bulan yang mulia itu amat tinggi lebih hangat dari kebiasaannya.
Pokok Ipoh Tumbang Setelah 37 Tahun
Nama bandar Ipoh berasal daripada nama sepohon pokok. Pokok-pokok ini mengeluarkan getah beracun atau juga dikenali dengan upa. Getah beracun dari pokok itu banyak kegunaannya, ianya telah digunakan oleh masyarakat orang asli untuk memburu binatang. Getah beracun atau upa disalutkan pada mata sumpit dan juga untuk mempertahankan diri serta keluarga mereka. Racun ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan. Untuk mengelakkan keracunan kepada pemburu, bahagian daging pada mangsa perburuan akan dipotong dan dibuang.
Taman Tasik Taiping Diindahkan Dengan Penanaman Semula Pokok Hujan-Hujan
Kawasan Taman Tasik Taiping kini diperindah dengan penanaman semula beberapa pokok hujan-hujan di berapa lokasi terpilih di sepanjang jalan utama di sekitar Taman Tasik Taiping. Lapan batang pokok hujan-hujan telah dipindahkan daripada Jalan Kamunting – Batu Kurau berhadapan dengan Kolej Vokasional Taiping ke Taman Tasik Taiping.