23.9 C
Ipoh
Tuesday, 10 December 2024

Kisah Mek Yah, Gajah Dari Perak Yang Berjalan Lebih 200 Batu

- Advertisement -
- Advertisement -

Mek Yah adalah seekor gajah yang mana pada asalnya berkhidmat untuk kerajaan negeri dalam sektor perkhidmatan awam. Berkemungkinan, inilah haiwan pertama yang bekerja dalam sektor perkhidmatan awam buat negeri Perak.

Dalam tahun 1958 setahun selepas negara kita mencapai kemerdekaan yang mana pada ketika itu usia gajah yang bernama Mek Yah ini adalah kira-kira dalam 74 tahun. Pada ketika itu, Mek Yah ditugaskan untuk mengangkat peti-peti undi ke setiap kawasan yang ada di Hulu Perak.

Peranan Mek Yah sudah pasti amat penting. Hal ini adalah kerana tiada kenderaan dan keadaan jalan yang tidak sesuai untuk masuk ke kawasan pusat mengundi. Jadi, khidmat seekor gajah diperlukan untuk membawa peti-peti undi selepas pilihan raya persekutuan dijalankan.

Dalam satu temasya penuh bersejarah buat negara kita, gajah yang bernama Mek Yah ini juga tidak ketinggalan untuk diberi turut serta dalam perwakilan dari 23 buah negara untuk E.C.A.F.E di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tarikh 8 Mac 1958.

Mek Yah yang boleh dikatakan sebagai pengangkutan utama buat Jabatan Haiwan selama 20 tahun sebelum ini telah mulakan misi berjalan untuk 200 baru dnegan bertolak dari Gerik pada hari ahad bersamaan dengan 23 Febuari 1958.

Kisah Mek Yah, Gajah Dari Perak Yang Berjalan Lebih 200 Batu

Perjalanan Mek Yah sejauh 200 batu itu adalah satu simbolik dan temasya yang dibuat secara besar-besaran untuk menarik perlancong dalam dan luar negara. Tidak lupa juga ia secara tidak langsung dapat menarik ahli-ahli perniagaan terkenal dari seluruh dunia untuk berkunjung ke negara.

Tuan M.C. FF Sheppard sebagai ketua yang mengelola program temasya tersebut juga telah mengumpulkan 25 orang yang pakar dalam melontar lembing dari Ulu Tembeling, Pahang untuk mengambil bahagian dalam persembahan istiadat di Istana Sultan Melaka seperti dahulu kala.

Seramai 50 orang polis depot dari Kuala Lumpur yang juga merupakan pemain kelab sepak raga akan mengambil bahagian dengan persembahan suasana Melaka purba. Tidak lupa juga seramai 50 orang wanita dari Maktab Wanita Melayu akan mempersembahkan tariah diraja.

Tuan Albert Yap yang merupakan salah seorang daripada keturunan Yap Ah Loy iaitu seorang kapitan cina terakhir di Selangor akan mengambil bahagian dengan melakonkan watak moyangnya dalam peristiwa bagaimana Kuala Lumpur ditawan pemberontak pada tahun 1873.

Kisah Mek Yah, Gajah Dari Perak Yang Berjalan Lebih 200 Batu

Temasya tersebut meliputi peredaran zaman sejak tahun 1025 hingga 1886 yang mengisahkan 4 kisah umum. Berikut adalah tajuk untuk 4 kisah umum yang didendangkan dalam temasya yang penuh dengan sejarah tersebut.

  • Kisah zaman Gangga Negara. (tahun 1025)
  • Kisah suasana hidup di zaman kesultanan melayu Melaka. (tahun 1477)
  • Kisah peperangan Belanda dengan pedagang Bugis, Raja Lumu. (tahun 1750)
  • Kisah penawanan Kuala Lumpur dan menjadi ibu kota negara. (tahun 1873)

Temasya tersebut diakhir dengan ketibaan keretapi pertama yang masuk ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang dalam tahun 1885. Keretapi tersebut membawa Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 5) dan gabernir negeri-negeri selat iaitu Sir Frederick Weld.

Berbalik kepada gajah yang cukup terkenal di negeri Perak pada waktu itu iaitu Mek Yah kemudian ditempatkan di Taman Mergastua Sultan Idris Shah, Taiping (kini Zoo Taiping). Disana, pengunjung yang datang dapat rasa pengalaman untuk naik dan menunggang Mek Yah.

Pada waktu itu dalam tahun 1966, kerajaan negeri Perak memelihara dua ekor gajah untuk dipertontonkan di Taman Mergastua Sultan Idris Shah, Taiping. Seekor daripadanya adalah Mek Yah yang dijangka berumur 82 tahun manakala seekor lagi adalah gajah yang bernama Mek Chik yang berumur 5 tahun.

Kisah Mek Yah, Gajah Dari Perak Yang Berjalan Lebih 200 Batu

Pada pagi hari Isnin tarikh 23 January 1967, Mek Yah tiba-tiba tersungkur mati setelah diberi mandi dan diberi makan. Meh Yah mati ketika umur 83 tahun.

Sumber dan rujukan:

  • Berita Harian 1 Mac 1958
  • Berita Harian 24 Januari 1967
- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here