26.6 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Kisah Sultan Iskandar Shah Menguji Ulama Negeri Perak Dalam Istana

- Advertisement -
- Advertisement -

Sultan Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah I Rahmatullah dimasyurkan sebagai Sultan Perak yang ke 30 untuk menggantikan kekanda tiri baginda iaitu Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah.

Baginda lebih senang dengan gelaran Sultan Iskandar Shah atau panggilan santai Sultan Iskando oleh ramai orang tua-tua terutama di Hilir Perak. Untuk makluman, Sultan Perak yang ke 30 ini diputerakan pada 10 Mei 1876 di Kampung Kuala Keboi, Kampar.

Baginda adalah anakanda kepada Sultan Perak yang ke 28 iaitu Sultan Idris I yang pernah memerintah negeri Perak sejak tahun 1887 hingga tahun 1916. Baginda Sultan Iskandar Shah diangkat menjadi Sultan Perak yang ke 30 pada Disember 1918 sehingga mangkat pada 14 Ogos 1938.

Almarhum baginda Sultan Iskandar Shah telah memerintah negeri Perak selama 20 tahun dengan jayanya dan baginda dimakamkan di makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Kisah Sultan Iskandar Shah Menguji Ulama Negeri Perak Dalam Istana

Berbalik kepada kisah yang ingin diceritakan dalam artikel ini, ia adalah sebuah kisah yang amat jarang sekali dapat didengar dan anda bertuah kerana dapat membaca kisah ini dan baru anda tahu betapa hebatnya guru agama kepada Sultan Perak dan bukan calang-calang orangnya.

Sultan Iskandar bersama cucu sulung baginda

Sultan Iskandar bersama cucu sulung baginda (Sultan Pahang sekarang)

Sebenarnya, Tuanku Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) amat terkenal dengan kewarakan baginda dalam agama Islam. Baginda pernah bertitah kepada rakyat jelata di negeri Perak bahawa celakalah seseorang lelaki itu jika tidak menghadirikan diri solat Jumaat tanpa sebab.

Baginda Tuanku Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) juga sendiri selalu melawat dan memberi titah ucapan mengenai ajaran agama Islam kepada rakyat di seluruh Negeri Perak. Lihat bertapa bagusnya seorang pemimpin agama negeri Perak.

Kisah Sultan Iskandar Shah Menguji Ulama Negeri Perak Dalam Istana

Ada satu cerita yang mana masanya berlaku dalam bulan Ramadan. Pada waktu itu, Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) telah menjemput ramai ulama terkenal dari seluruh negeri Perak untuk berbuka puasa di Istananya Bukit Chandan. Maka, ramailah alim ulama pemikir agama yang datang untuk menerima undangan daripada Sultan Perak yang dihormati.

Dalam keadaan gembira menunggu masa berbuka puasa sebelum maghrib tiba, makanan siap terus dihidangkan. Ramai tetamu yang diundang rasa hairan kerana makanan siap dihidangkan terlalu awal namun mungkin ianya adalah persediaan biasa.

Kisah Sultan Iskandar Shah Menguji Ulama Negeri Perak Dalam Istana

Akan tetapi apa yang berlaku pada waktu itu adalah Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) dikatakan telah mengarah semua yang hadir untuk mula menjamah makan walaupun lambat lagi azan maghrib nak berkumandang. Ramai hadirin terkejut dengan titah daripada Sultan Perak tersebut.

Ulama yang ada semuanya senyap seribu bahasa diam langsung tidak berani membantah. Namun dengan tiba-tiba ada seorang guru agama baginda Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) bernama Haji Nawawi Bin Haji Mohd Tahir terus bangun lalu berkata, “Kalau tuanku hendak masuk neraka, masuklah seorang”.

Haji Nawawi Bin Haji Mohd Tahir

Haji Nawawi Bin Haji Mohd Tahir

Terus tergaman semua tetamu melihat guru agama tersebut berkata sedemikian kepada Sultan Perak selaku ketua agama Islam. Yang sebenarnya, sememangnya niat Sultan Iskandar Shah pada waktu itu hanya untuk menguji pada ulama yang hadir.

Baginda Sultan Iskandar Shah terus memuji keberanian beliau berani menegur Sultan dan baginda terus memarahi ulama-ulama lain yang membisu seribu bahasa. Sultan Iskandar Shah mengeluh, “Nasib baiklah di negeri Perak ini masih ada orang yang berani menegur beta”.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here