Karnival Royal Town Vespa dan Motor Klasik kini kembali lagi pada tahun 2017. Karnival kali ini diberikan nafas baru, dan juga sokongan padu daripada seluruh peminat Vespa, Lambretta, Scomadi dan Motor Klasik dari seluruh Malaysia. Karnival ini adalah kesinambungan daripada program terdahulu yang dikenali sebagai Jamboree Vespa Kuala Kangsar.
Karnival ini bakal berlangsung selama dua hari pada 29 hingga 30 April 2017 bertempat di Laman Budaya Kuala Kangsar. Semua warga Kuala Kangsar dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival ini. Moh kome..!
Berikut adalah aktiviti dan acara yang disediakan oleh pihak penganjur.
Saksikan juga pelbagai jenis motor Vespa klasik pada karnival yang telah diadakan pada tahun 2008 yang lepas.
Sebarang pertanyaan boleh ke https://www.facebook.com/rtvmk.official