Teknologi X-Ray Pertama Malaysia Bermula Di Taiping

Pada satu ketika dahulu, negeri Perak amat terkenal sebagai negeri di Tanah Melayu yang menerima teknologi dan permodenan paling banyak daripada pihak British. Negeri Perak adalah negeri yang pertama dan paling awal menerima kelebihan tersebut berbanding dengan negeri-negeri lain. Antara teknologi yang menarik dan paling awal diterima di Perak adalah teknologi mesin imbasan sinaran x-ray yang diperkenalkan pada 1897.

Sinar X-ray diperkenalkan di Hospital Taiping pada 3 Februari 1897 iaitu lebih kurang setahun setelah saintis bernama Wilhelm Conrad Roentgen menemui teknologi X-ray ini melalui kajian di Universiti Wurzburg, Bavaria di Jerman. Bahkan hospital Taiping pada ketika itu menjadi hospital pertama di Asia Timur yang menggunakan teknologi tersebut terutamanya untuk bidang perubatan. Mr Leonard Wray merasmikan mesin pengimbas X-ray tersebut dan pengguna pertama yang menggunakan mesin tersebut ialah ikan Bawal.

Wilhelm Conrad Roentgen

“Gambar bayang di Perak : Dalam perjumpaan Persatuan Fotografi Amatur Perak di Taiping buat kali ke-3, pengerusinya Mr Wray, menunjukkan peralatan pancaran Roentgen. Perak dikatakan negeri pertama di Timur Jauh, di mana fotografi baru telah mula diterima. Peralatan ini menggunakan gelung aruhan, tiub itu milik Profesor Jackson. Mr Wray mula mengunakannya pada ikan bawal dengan jayanya, imej terhasil menunjukkan dengan tepat tulang yang terdapat pada ikan. Pancaran itu kemudiannya digunakan pada tangan salah seorang penonton yang patah iaitu Mr Pourlier, beliau mengalami kemalangan semasa bermain kriket enam belas bulan lalu. Gambar yang terhasil memenuhi semua jangkaan. Ia difahamkan bahawa hospital di Perak tidak lama lagi akan dibekalkan dengan peralatan Roentgen (mesin X-ray).” – Liputan perasmian di akhbar The Straits Times pada 16 Februari 1897.

Lain-lain pengambilan gambar x-ray di tunjukkan semasa perjumpaan tahunan Persatuan Fotografi Amatur di Taiping, Perak. Pada penghujung tahun 1897, sebuah mesin x-ray lengkap telah di hadiahkan kepada Hospital Ipoh sempena jubli intan Ratu Victoria. Berikutnya, sebuah lagi mesin x-ray berada di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan seterusnya di Pulau Pinang pada tahun 1910. Begitulah sejarah mesin x-ray di Malaysia yang mula menapak di Taiping,Perak.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.