Tidak banyak tugu peringatan yang didirikan menggunakan sebongkah batu granit besar seperti yang ada di Teluk Intan ini. Ini membuatkan Tugu Memorial Perang Dunia Teluk Intan ini sebagai sesuatu yang unik, mungkin ia merupakan satu-satunya tugu sepertinya di Malaysia.
Batu Gajah pada hari ini adalah sebuah pekan yang sedang giat membangun dan pada satu ketika dahulu ia pernah menjadi salah satu pusat pentadbiran buat British.
Taman Herba Papan adalah salah satu pusat pelancongan paling menarik yang ada di Batu Gajah. Ianya terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong yang berkeluasan seluas 7.2 hektar.
Menjanjikan kelainan, Disiniland Agrofarm and Resort adalah sebuah destinasi percutian berbentuk agro yang dikhaskan untuk seisi keluarga yang ingin bersama-sama meluangkan masa berharga.
Pusat pemulihan akhlak yang terletak di Batu Gajah ini telah dibina pada tahun 1902 dan pada waktu itu, ia dikenali dengan nama Kinta Prison. Kinta Prison ini berfungsi sebagai pusat tahanan hanya untuk lelaki sahaja.
Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.
Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.
Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.
Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.