Sejarah Dan Asal Usul Gerik, Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang dikenali sebagai Gerik itu masih diliputi oleh hutan belantara dan terletak di bawah pemerintahan Raja Reman.

    Dalam tahun 1870 beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu meneroka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok Ad (Tok Saad).

    Tidak beberapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang memburu gajah di Gunung Tujuh yang berhampiran dengan Kuala Kenderong. Mereka ada mendengar cerita dan ura-ura tentang tidak jauh dari situ ada sebuah kampung yang terletak di tengah-tengah hutan.

    Ketika Raja Reman cuba menghampiri dan mencari kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang pelik terbit daripada perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-orangnya menggali disitu untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.

    dekan besar

    Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan besar (sejenis binatang rupanya seakan-akan tikus dan kini antara spesis yang terancam) sedang mengerit (memakan) umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.

    kurenai

    Raja Reman itu telah menamakan tempat itu sebagai Kampung Gerit. Sebutan Gerit itu telah di pakai beberapa lama tetapi orang-orangnya yang kemudian telah mengubah sebutan dan ejaan daripada Gerit kepada Grik, kemudiannya menjadi Gerik seperti yang digunakan sekarang.

    Banyak sebenarnya tempat menarik di Gerik antaranya adalah Pulau Banding, Tasik Temenggor, Royal Belum, gunung Kenderong dan gunung Kerunai, lapangan terbang Gerik dan lain lain. InsyAllah jika berkesempatan kami akan berkongsi dengan anda di masa akan datang.

    AmalEspraza
    AmalEspraza
    bukan budak wicet kbye