Kisah Bangunan Kedai Yang Telah Diwakafkan Di Ipoh

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T. Kali ini orangperak.com ingin menceritakan tentang kisah wakaf untuk bangunan kedai di kawasan Ipoh yang mempunyai nilai dan legasinya yang tersendiri.

    Waqif yang bernama Toh Puan Chah @ Toh Puan Haji Aisha Binti Che Teba dilahirkan pada 1892. Beliau telah mewakafkan hartanahnya pada 20 September 1947. Hartanah yang diwakafnya itu adalah merupakan sebuah bangunan kedai yang kini masih boleh dilihat dan berada di Jalan Sultan Yussuf di Ipoh.

    Dahulunya, kawasan tersebut dikenali dengan nama Belfield Street yang diambil sempena nama residen British di Perak yang ke 9 iaitu Sir Henry Conway Belfield.

    Kisah Bangunan Kedai Yang Diwakafkan Di Ipoh

    Warisan harta wakaf ini diberikan kepada Yeop Adlan Bin Abdul Aziz dari Bagan Serai dan Mat Wajit Bin Che Tumang dari Ipoh. Ianya kemudian diamanahkan kepada Majlis Agama bagi menyambung warisan harta wakaf dari Toh Puan Chah @ Toh Puan Haji Aisha Binti Che Teba. Dengan kalam wakaf yang surci dan murni dari hati Toh Puan Chah @ Toh Puan Haji Aisha Binti Che Teba,

    Kisah Bangunan Kedai Yang Diwakafkan Di Ipoh

    “Apabila aku mati maka tanah dan rumah kedai ku di Belfield Street, sesungguhnya telah aku wakaf akan dia atas menolong orang-orang melayu yang miskin dan yang sakit dan atas perbelanjaan orang-orang melayu menuntut ilmu dan menolong perbaiki Masjid atau Madarsah dan membayar belanja orang mengaji Quran dan menjaga Kuburku dan lain-lain khirat dan seperti yang tersebut di dalam surat Wakaf ku ini dengan bahasa orang putih ditulis dengan kehendak ku dan diberi cukup erti kepadaku dan telah menyaksikan lafath ikhrarku itu oleh dua saksi..”

    Kisah Bangunan Kedai Yang Diwakafkan Di Ipoh

    Kini, Bangunan warisan ini disewakan kepada S.S. Mubaruk & Brothers (M) Sdn Bhd bagi memberi pulangan hasil dan manfaat wakaf seperti yang diamanahkan oleh The Settlor Toh Puan Chah.

    Pustaka ini pasti mengingatkan kita pada zaman persekolahan dulu. Ianya sungguh nostalgia! Semoga pewakaf diberi pahala yang terus mengalir dan diganjari tanpa ada tempoh masa. Gandakan rahmat dan rezeki Mu kepada para hamba-Mu yang telah mewakafkan harta kesayangan mereka dan berkatilah rezeki mereka.

    • Lot Berdaftar: Lot 161N, Mukim Bandar Ipoh (U), Daerah Kinta
    • Lokasi: 130, Jalan Sultan Yussuf (Belfield Street), Ipoh Perak

    Kisah Bangunan Kedai Yang Diwakafkan Di Ipoh

    Kredit: Unit Pembangunan Hartanah, Bahagian Mal dan Wakaf MAIPk

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.