28 C
Ipoh
Wednesday, 12 February 2025

Kisah Disebalik Pusat Pemulihan Akhlak Di Batu Gajah

- Advertisement -
- Advertisement -

Seperti kita semua sudah sedia maklum, terdapat banyak pusat pemulihan akhlak yang dibuka di serata pelusuk negara kita, negara Malaysia. Salah satu pusat pemulihan akhlak dari keseluruhannya itu ada juga yang ditempatkan di Batu Gajah, Perak.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, pusat pemulihan akhlak yang terletak di Batu Gajah ini telah dibina pada tahun 1902 dan pada waktu itu, ia dikenali dengan nama Kinta Prison. Kinta Prison ini berfungsi sebagai pusat tahanan hanya untuk lelaki sahaja.

Kisah Disebalik Pusat Pemulihan Akhlak Di Batu Gajah

Menjelang tahun 1951, Kinta Prison mula menerima tahanan wanita dan sejak dari peneriman tahanan wanita, Kinta Prison dikenali dengan nama Central Women’s Prison.

Kisah Disebalik Pusat Pemulihan Akhlak Di Batu Gajah

*gambar hiasan

Pada tahun 1959 pula institusi ini telah ditukar penghuninya untuk menampung mereka yang ditahan dibawah Ordinan Darurat 1948. Selang lima tahun selepas itu iaitu pada tahun 1964, institusi ini telah dipertanggungjawabkan untuk menahan tahanan yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Kisah Disebalik Pusat Pemulihan Akhlak Di Batu Gajah

*gambar hiasan

Kekal selama 19 tahun peranannya dalam menempatkan tahanan ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, pada tahun 1983 peranan institusi ini berubah sekali lagi. Tarikh yang lebih tepat iaitu pada 22 Mac 1983, Pusat Pemulihan Akhlak diperkenalkan dan berperanan untuk menahan orang yang ditahan dibawah Akta Dadah Berbahaya.

- Advertisement -
Nurul Syahida Aziz
Nurul Syahida Aziz
Penjawat Awam di Majlis Daerah Batu Gajah
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here