Menjanjikan kelainan, Disiniland Agrofarm and Resort adalah sebuah destinasi percutian berbentuk agro yang dikhaskan untuk seisi keluarga yang ingin bersama-sama meluangkan masa berharga.
Pilihan lokasi percutian agro yang unik ini harus menjadi pilihan utama anda jika anda bercadang untuk merasakan kelainan dalam percutian anda. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Disiniland Agrofarm and Resort terletak di Kampung Sempeneh Cempaka, Batu Kurau.
Lokasinya yang strategik terletak tidak jauh dari bandar Taiping, ianya terletak kira-kira 20 km daripada bandar Taiping.
Ini adalah salah satu faktor untuk menyumbang kepada Disiniland Agrofarm and Resort semakin diminati oleh pengunjung yang datang bercuti dan menginap di sekitar bandar Taiping.
Jika anda bercadang untuk berkunjung ke Disiniland Agrofarm and Resort, anda boleh rujuk maklumat dibawah:
- Lokasi : Kampung Sempeneh Cempaka, Batu Kurau
- Masa : 10.00 am hingga 6.30 pm
- Hari : Setiap hari kecuali cuti umum
Pemilik kepada Disiniland Agrofarm And Resort yang terletak di Batu Kurau ini adalah antara individu yang paling disegani dan dihormati di kawasan Batu Kurau.
Beliau adalah bernama Dato’ Khairil Anuar. Disiniland Agrofarm And Resort dibina dan beroperasi di tanah seluas lima ekar sejak pada permulaan operasinya.
Pada asalnya, taman tema Disiniland Agrofarm And Resort ini dibina khas sebagai tempat untuk berehat dari kesibukan kota dan percutian peribadi keluarga yang mana lokasinya di Batu Kurau itu adalah kampung asal buat pemilik.
Oleh kerana taman tema ini semakin mendapat sambutan hangat yang menggalakkan dari penduduk setempat, jadi keluarga pemilik pun terus membuka Disiniland kepada orang ramai.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, segala bayaran untuk menjalankan aktiviti di dalam Disiniland Agrofarm And Resort adalah menggunakan sistem kupon dan harga untuk masuk ke Disiniland Agrofarm And Resort adalah seperti berikut:
- Dewasa : RM3.00
- Kanak-kanak : RM1.00 *3 hingga 12 tahun
- Warga Emas : RM1.00 *60 tahun keatas
Perasankah anda tentang namanya Disiniland seakan-akan dengan nama taman tema Disneyland? Ia sebenarnya bertepatan untuk menetengahkan konsep yang sama seperti Disneyland, akan tetapi ia lebih cenderung kepada konsep zoo mini. Haiwan-haiwan yang ada di Disiniland Agrofarm And Resort adalah seperti unta, burung kasawari, rusa, ayam belanda, kambing, lembu dan macam-macam lagi yang dijaga dengan baik oleh penjaga disana.
Terdapat begitu banyak aktiviti yang bercorakkan agro boleh dijalankan Disiniland Agrofarm And Resort bersama-sama dengan keluarga tercinta.
Disiniland Agrofarm And Resort wajar untuk dijadikan salah satu pilihan destinasi pelancongan santai keluarga anda. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah seperti menunggang kuda, memancing, memberi haiwan ternakan makan, memanah dan aktiviti ATV.
Untuk mendapatkan pengalaman yang menarik lain daripada yang lain dan tidak boleh didapati di bandar adalah dengan memberi makan kepada haiwan ternakan dengan kos harga serendah RM2 untuk satu paket.
Sepertimana yang diberitahu sebelum ini, terdapat pelbagai jenis haiwan ternakan yang boleh anda beri makan seperti unta, rusa, ikan dan lain-lain. Aktiviti ini menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan buat anda yang cintakan haiwan dan haiwan-haiwan di sini semuanya jinak-jinak belaka.
Buat kaki pancing pula, anda tidak perlu bersusah hati tentang tempoh masa untuk memancing kerana anda hanya perlu membayar serendah RM6 sahaja untuk tiket memancing dengan umpan dan anda boleh memancing selama mana yang anda mahu selagi umpan masih ada dan seperti mana yang diberitahu tadi, tiada had masa dikenakan untuk pemancing yang ingin memancing di sana. Antara ikan yang banyak di sini yang menunggu umpan pancing si kaki pancing adalah ikan tilapia merah.
Tidak ketinggalan untuk peminat sukan lasak. Anda juga wajib berkunjung ke sini jika anda adalah salah seorang peminat akan sukan lasak. Di Disiniland Agrofarm And Resort, terdapat juga aktiviti menunggang ATV yang mencabar.
Keadaan tanah yang berlecak bakal memberikan cabaran kepada anda dalam menunggang ATV ini. Apa yang menariknya dan anda tidak akan dapat dimana-mana, harganya adalah cuma serendah RM4 untuk dua kali pusingan.
Kami dari warga orangperak.com beri anda jaminan yang anda akan puas merasai cabaran menunggang ATV di sini.
Aktiviti yang sering mendapat perhatian di Disiniland Agrofarm And Resort ialah memanah dan menunggang kuda. Untuk turut serta dalam aktiviti memanah, anda cuma perlu membayar serendah RM4 sahaja dan anda akan dibelakan dengan sebanyak 10 anak panah.
Untuk aktiviti menunggang kuda pula, anda hanya perlu membayar sebanyak RM10 untuk setiap satu kali pusingan.
Kesemua aktiviti santai yang disediakan di sini sebenarnya sangat sesuai untuk anda lakukan bersama keluarga. Luangkanlah masa berkualiti anda bersama keluarga di sini.
Anda dinasihati supaya datang awal ke sini bagi mengelakkan kesesakan. Sekadar peringatan buat anda yang ingin merancang ke Disiniland Agrofarm And Resort, jalan menuju ke Disiniland Agrofarm And Resort agak sempit dan lorong jalan adalah hanya muat untuk sebuah kereta.