Dipercayai Puan Som Binti Budin yang kini tinggal di Kampung Repoh, Batu Kurau adalah orang paling tua yang ada di dalam negeri Perak. Puan Som Binti Budin dilahirkan pada 24 Oktober 1900 di Pantai Besar, Batu Kurau. Dari kiraan tahun tarikh kelahiran beliau, ia menunjukkan bahawa umur Puan Som Binti Budin kini sudah mencecah 117 tahun dan beliau masih lagi sihat dan kuat sehingga ke hari ini.
batu
Loghat Patani Batu Kurau Dimartabatkan Dalam Buku Keresing Kerenyeh
“Ni amba nak haba ka muma satu ceghita. Tapi ceghita ning nana sikik lei.. Lagu ning..” Kata Tok Chei sambei dok keresing kerenyeh, senyung tersipo-sipo, senyung-senyung pak kambing. Pernah dengar loghat sebegini? Inilah loghat unik Patani yang digunakan di Batu Kurau, Lenggong, Grik, Selama, Changkat Jering di Negeri Perak. Selain itu, loghat ini juga digunakan di Pendang, Kuala Ketil, Baling di Negeri Kedah dan beberapa daerah lain.
Kilang Kicap Tamin Dilahirkan Di Batu Gajah
Tuan Haji Mohd Tamin yang merupakan pengasas kepada kicap cap Tamin telah memulakan perniagaan beliau dengan hanya bermodalkan RM10 sahaja.
Kenapa Ada Batu Nisan Dalam Masjid Kota Lama Kanan Di Kuala Kangsar?
Mungkin ramai yang sudah tahu akan kebenaran hal ini dan perkara sebenarnya, ia bukanlah batu nisan untuk menandakan ada jasad manusia disemadikan di saf paling hadapan dalam Masjid Kota Lama Kanan tersebut, akan tetapi ia adalah hanya sekadar batu peringatan untuk memperingati Sultan Mansur Syah 1 iaitu Sultan Perak yang ke 2 pada tahun 1549 hingga 1577 yang didakwa ghaib ketika bersolat Jumaat di dalam masjid ini.