23.9 C
Ipoh
Tuesday, 10 December 2024

3 Sumber Ekonomi Perak Satu Ketika Dahulu

- Advertisement -
- Advertisement -

Waktu zaman pada akhir abad yang ke 19 dan awal abad yang ke 20, negeri Perak adalah merupakan antara negeri yang banyak memberi sumbangan pada ekonomi dunia dan secara tidak lansung telah banyak memberi sumbangan pada ekonomi di kebanyakan negeri-negeri di persisiran selat Melaka.

Semua orang tahu akan kegemilangan negeri Perak pada zaman dahulu yang dikenali sebagai sebuah negeri yang paling kaya di Tanah Melayu. Negeri yang kaya dengan sumber bumi dan lokasi yang strategik dengan lokasi perlabuhan yang menjadi tumpuan pedagang antarabangsa.

Getah

Sumber ekonomi yang pertama – Getah : Untuk pengetahuan anda, negeri Perak amat dikenali di mata dunia sebagai antara negeri pengeluar getah asli yang paling besar di dunia pada tahun 1908 hingga tahun 1910. Hal ini adalah disebabkan faktor bahawa negeri Perak adalah negeri pertama yang menerima tanaman getah apabila residen British di Perak yang bernama Sir Hugh Low telah menanam biji getah di Kuala Kangsar pada tahun 1877.

Bijih Timah

Sumber ekonomi yang kedua – Bijih Timah : Semua orang tahu perihal tentang negeri Perak adalah negeri pengeluar bijih timah utama dunia sejak tahun 1910 hingga tahun 1920 hinggakan perkataan bijih timah sudah sinonim dengan perkataan Perak yang sentiasa berkait rapat dengan bijih timah yang bersinar seakan perak. Kawasan perlombongan bijih timah utama di negeri Perak adalah di Batang Padang pada abad yang ke 18, di Larut pada abad yang ke 19 dan di Kinta pada awal abad yang ke 20.

Tanaman Tebu

Sumber ekonomi yang ketiga – Tanaman Tebu : Cuba bertanyakan pada nenda, bonda atau ayahanda anda tentang tanaman tebu ini. Rata-rata mereka dari kawasan kampung adalah pekerja tambahan untuk menebang dan memproses tebu pada awal tahun 1900. Untuk makluman anda, negeri Perak adalah pengeluar tebu dunia yang paling besar pada tahun 1900. Semasa penjajahan British, daerah Kerian di Perak telah menjadi sebuah kawasan penanaman tebu utama dan besar di Tanah Melayu mengalahkan keluasan kawasan tanaman tebu di Perlis yang kini sudah tiada.

Hari ini, perubahan yang kita dapat lihat adalah tanaman getah masih lagi ada tetapi dalam kuantiti yang sedikit yakni tidak banyak seperti zaman dahulu. Kini, dimana-mana sahaja tanah kosong, ia akan dimanfaatkan dengan dipenuhi dengan tanaman kelapa sawit yang banyak menyumbang ekonomi negara dan ianya ditanam bukan sahaja di negeri Perak, malah di seluruh negera yang ada di Malaysia.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here