29.7 C
Ipoh
Saturday, 7 December 2024

Asal Usul Dan Sejarah Nama Dato Sagor

- Advertisement -
- Advertisement -

Didalam buku tulisan Tan Sri Ramli Ngah Talib yang bertajuk Pasir Salak Sehamparan Sejarah Perjuangan ada menyatakan dari sudut sejarah berkenaan dengan gelaran orang kaya-kaya Segi Agar Diraja atau yang lebih dikenali oleh masyarakat kita pada zaman sekarang dengan nama Dato Sagor.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, nama Dato Sagor ini sebenarnya adalah gelaran yang diberikan oleh Sultan kepada individu tertentu. Gelaran Dato Sagor pada permulaannya pernah dianugerahkan kepada Tun Mahmud yang merupakan bendahara Perak yang pertama pada tahun 1530.

Pada waktu itu adalah ketika baginda menjadi pentadbir di Selangor di masa pemerintahan Sultan Mahmud Melaka dan Kampar. Jadi, secara tidak lansung disini kita dapat ketahui bahawa gelaran Dato Sagor itu adalah diguna pakai sejak pada zaman kesultanan Melaka lagi dan tradisi gelaran ini diteruskan di Perak.

Nama Dato Sagor juga dikatakan berada pada susunan ketujuh dalam senarai Orang Besar Delapan negeri Perak. Orang Besar Delapan negeri Perak mempunyai gelaran-gelaran dan fungsi-fungsinya yang tersendiri dan terdiri daripada orang-orang lelaki yang lain berkecuali dari gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan dan Orang Kaya-Kaya Mahakurnia dengan syarat-syarat sebagaimana termaktub dalam undang-undang. Sebutan untuk nama Dato Sagor dipercayai adalah cetusan daripada gaya sebutan dialeg dan pelat Perak terhadap gelaran Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja.

Untuk memudahkan sebutan Seri Agar Diraja itu maka disebut Dato Sagor sahaja. Sebagai contoh pelat Perak menyebut air sebagai ayor dan agar sebagai agor. Mungkin di situ wujudnya nama Sagor yang merupakan gabungan dari perkataan seri dan agor. Ini adalah teori sahaja dan bukannya fakta.

dato sagor

Untuk Dato Sagor yang dikenali dalam negeri Perak yang nama sebenarnya adalah Ngah Kamdin, ianya tidak dapat disangkal lagi kehebatan beliau dalam menantang penjajah. Kemuncak pergolakan ialah kematian Residen British yang pertama dihantar ke Perak J.W.W. Birch dan Sebagai tindak balas diatas peristiwa yang berlaku itu, pihak Inggeris telah melancarkan gerakan untuk menangkap pahlawan-pahlawan Melayu yang terlibat dalam insiden tersebut.

Antara mereka yang ditangkap adalah Dato Sagor, Datuk Maharaja Lela dan beberapa individu lain yang terlibat. Dikatakan pada 20 Januari 1887, Dato Sagor, Datuk Maharaja Lela dan beberapa individu lain yang terlibat dikatakan telah dijatuhi hukuman gantung oleh penjajah Inggeris di Larut, Perak. Menurut kiraan kasar dari tarikh Dato Sagor yang dijatuhi hukuman gantung itu semasa usianya 28 tahun.

Pusara Dato Sagor masih ada sehingga kini di kawasan Larut, Perak. Sesungguhnya kematian Datuk Sagor dan pahlawan melayu yang lain dalam tahun 1877 itu adalah satu pengorbanan besar kepada negara di atas jasa-jasanya mempertahankan tanah air dari Penjajah Inggeris tersebut.

Walaupun tumpas, tetapi semangat dan pengorbanan beliau telah menjadi ilham kepada perjuangan orang-orang Melayu kemudiannya. Ada juga ura-ura bahawa Dato Sagor sebenarnya tidak mati digantung tetapi melarikan diri dan tinggal di Pahang. Namun, apa yang diceritakan pasti ada alasan yang baik pada waktu itu untuk menyelamatkan diri dan keluarga sendiri.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here