Kelahiran Perak Menjadi Juara Moto3 Dunia Sulung Buat Malaysia

Pelumba muda kelahiran Perak yang berasal dari Kampung Gajah, Perak ini telah berjaya mengharumkan nama negara dan mencipta sejarah apabila menjadi pelumba Malaysia pertama yang memenangi kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina tahun 2016 yang lalu. Pelumba muda yang berusia 18 tahun dari pasukan Honda Team Asia ini telah mencatat masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo.

khairul idham pawi

Gembira dan bangga yang tak terhingga buat penduduk Kampung Gajah di Perak kerana siapa sangka pelumba muda yang berusia 18 tahun ini telah berjaya mencipta nama dan mengharumkan nama negara dengan membuktikan sesuatu di pesada dunia. Sebut sahaja nama Khairul Idham Pawi di Kampung Gajah, siapa disana yang tidak kenal dengan pencapaian terbaik anak Perak ini?

Khairul Idham Pawi yang dilahirkan pada 20 September 1998 mempunyai rekod dan pencapaian yang baik dalam bidang yang diceburinya ini. Beliau mendapat tempat yang ke 6 dalam FIM CEV Repsol Moto3™ Junior World Championship pada tahun 2015. Kemudian, dalam musim pertama Moto3 GP pada tahun 2016, beliau telah mendapat tempat bersama dengan pasukan Honda Asia dan seterusnya menjadi johan dalam Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina tahun 2016.

peta litar dato sagor

Kemudahan litar Dato Sagor yang ada disediakan di Kampung Telok Sareh di Kampung Gajah dikatakan menjadi tempat dimana Khairul Idham Pawi berlatih selama dua jam setiap hari sejak dari usia 14 tahun lagi. Khairul Idham kini berada di kedudukan keempat keseluruhan pelumba dunia. Semoga kejayaan yang dikecapi oleh Khairul Idham Pawi dapat membuka mata buat mat-mat rempit yang benar-benar minat dalam berlumba dengan menggunakan litar sebagai tempat untuk dijadikan sebagai karier.

khairul idham pawi

Kami dari orangperak.com tumpang berbangga dengan kejayaan Khairul Idham Pawi yang cukup membanggakan orang muda. Tahniah buat beliau kerana membuktikan bahawa usia tidak menjadi penghalang untuk mencipta sejarah dan mendapatkan kejayaan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here